Pakatan Rakyat menegur tindakan pimpinan tertinggi kerajaan yang sering
menggunakan pesawat eksekutif untuk penerbangan dalam negara dan luar
negara.
Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke berkata, kos bahan api bagi enam
pesawat yang digunakan sepanjang tahun 2012 sebanyak RM14,951,448.04 dan
RM167,079,541.80 bagi kos penyelenggaraan adalah sangat tinggi dan
merupakan pembaziran.
pesawat“Ini satu contoh pembaziran perbelanjaan
kerajaan terutama pemimpin tertinggi kerajaan. Pesawat eksekutif sering
digunakan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan pegawai tinggi
kerajaan,” katanya dipetik Harakah Daily pada sidang media di lobi
Parlimen semalam.
Beliau juga mempersoal keperluan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri
Muhyiddin Yassin menaiki pesawat eksekutif walaupun dalam negara
sedangkan pesawat biasa sentiasa beroperasi.
“Persoalanya mengapa perlu setiap kali Perdana Menteri atau Timbalan
Perdana Menter nak pergi ke mana-mana penerbangan domestik perlu
mengambil pesawat eksekutif setiap kali penerbangan?
“Ini melibatkan perbelanjaan tinggi tapi kalau mengambil pesawat komersil kalau kelas ekonomi tak guna perbelanjaan tinggi.
“Kerajaan minta rakyat jimat cermat tapi setiap kali itu menunjukkan
kerajaan tak kurangkan kos perbelanjaan mereka,” katanya yang juga
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP.
MPSementara itu Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyarankan
Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri menggunakan pesawat biasa
bagi menjimatkan perbelanjaan negara.
“Saya cadang untuk tahun 2014 Perdana Menteri dan Timbalan Perdana
Menteri lebih banyak guna pesawat komersil walaupun ke luar negara. Ada
pemimpn besar negara maju tak guna pesawat pun. Pesawat eksekutif
biarlan digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong.
“Sangat mengejutkan tantang perbelanjaan bahan api dan penyelenggaraan
pesawat ini. Baru-baru ini pun Timbalan Perdana Menteri ulang alik ke
Sungai Limau guna pesawat eksekutif.
“Ini tak betul sebab ini kempen parti bukan program kerajaan dan kalau
program kerajaan pun kerajaan perlu menunjukkan sikap bertanggungjawab
dengan guna pesawat komersil kerana pemimpin harus menunjukkan teladan
yang baik,” katanya.
Anthony semalam meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah pesawat yang
dimiliki oleh Kerajaan Malaysia, model pesawat-pesawat tersebut, kos
bahan api dan penyelenggaraan untuk tahun 2012 dan jumlah penerbangan
serta destinasinya sepanjang tahun 2012.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dalam
jawapannnya memberitahu, kerajaan pada masa ini memiliki tujuh pesawat
yang diistilahkan sebagai Pesawat Eksekutif (VVIP) Kerajaan iatu satu
unit Pesawat Falcon, satu unit Global Express, satu unit Boeing Business
Jet (BBJ), satu unit Blackhawk, dua unit pesawat Agusta dan satu unit
Fokker F28 yang telah dilupuskan dan dihadiahkan kepada Muzium Tentera
Udara DiRaja Malaysia (TUDM). ~kd
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.