Followers

Sunday, November 10, 2013

Kenyataan Media Jingga 13

 
 

Jingga 13 mempersoalkan kredibiliti Menteri Besar Negeri Sembilan, YB Dato Hj Mat Ali Bin Hassan berikutan 2 kenyataan yang mengelirukan berkaitan dengan status Kg Hakka, Mantin, Negeri Sembilan. 
 
Kenyataan YB Dato Menteri Besar yang cuba berdolak dalih menyebabkan kesusahan dan penderitaan seluruh penduduk Kg Hakka yang kini bagaikan 'orang asing ditanah sendiri'.

Mengikut jawapan lisan yang diberi di Dewan Undangan Negeri dalam soalan Lisan hari pertama 1 Oktober 2013, Kerajaan Negeri TIDAK PERNAH MENJUAL KAMPUNG HAKKAN MANTIN PADA MANA MANA PIHAK. PROSES JUALAN TIDAK PERNAH BERLAKU. Kenyataan ini bercanggah apabila pada 3 Oktober 2013, YB Dato Hj Mat Ali Bin Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan menjelaskan didalam ahkbar Sinar Harian bahawa Kg Hakka telah dibeli oleh sebuah pemaju untuk dibangunkan menjadi pusat komersil. 
 
Dari hasil carian didapati Majlis Perbandaran Nilai telahpun memindahmilik tanah Kg Hakka kepada Pemaju Mega 9 pada 2005 dan pemaju telah mencagarkan tanah kepada CIMB pada tahun yang sama. 
 
Jingga 13 melihat perbezaan kenyataan dari pihak yang sama tidak masuk akal dan hanya bersifat memutarbelitkan fakta.

Pihak Pemaju memaksa penduduk ini keluar dengan pelbagai cara termasuk kekerasan menggunakan pihak polis. Malah pihak pemaju mendakwa Kg Hakka tiada berpenghuni, yang ada hanyalah ular, tikus serta penagih dadah pada sidang Akhbar mereka. 
 
Jingga 13 melahirkan rasa hairan kepada kenyataan media tersebut memandangkan pada hari perobohan, lebih kurang 50 anggota polis dikerah untuk menangkap sesiapa sahaja yang menghalang kerja kerja perobohan rumah. 
 
Mengapakah memerlukan sebegitu ramai untuk menangkap tikus, ular dan penagih dadah? Dimana hasil tangkapan? 
 
TIADA. Yang ada penangkapan beberapa YB Pakatan Rakyat dan aktivis dan penduduk kampung. 
 
Dato Ng, Pengarah Pemaju Mega 9 membuat kenyataan bahawa ada pihak luar yang menyamar dan menangis dihadapan media mendapat upah RM500. 
 
Jingga 13 MENCABAR Dato Ng untuk buktikan kenyataan yang dianggap penduduk Kg Hakka sebagai penghinaan.

Jingga 13 juga mempersolkan dimanakah Perdana Menteri Najib yang pernah berjanji untuk campurtangan Kg Hakka sebelum PRU13 lalu? 
 
Dimanakah Dato Menteri Besar? Penduduk kampung hanya ingin mempertahankan hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Pihak kerajaan UMNO-BN dilihat langsung tidak campur tangan dan membisu lebih lebih lagi selapas PRU13 lalu. 
 
Pemaju pula diberi 'kuasa' melalui mahkamah untuk berbuat apa sahaja dengan menggunakan PBT dan pihak polis. Sehingga kini tiada sebarang rundingan antara penduduk dengan pemaju mahupun Kerajaan Negeri.

Jingga 13 melihat perkara ini serius kerana melibatkan nyawa, keselamatan dan kesihatan penduduk setempat. Adalah amat mustahil Kerajaan Negeri Negeri Sembilan tidak tahu apa apa tentang Kg Hakka memandangkan penduduk masih lagi membayar TOL kepada kerajaan, bil kutip sampah kepada Majlis Perbandaran Nilai dan bil bil utiliti lain. 
 
Bagaimanakah agensi kerajaan masih mengutip cukai pada penduduk sedangkan dalam diam tanah yang mereka duduki telahpun dipindahmilik kepada syarikat pemaju?Status tanah telah ditukar kepada status tanah komersil tanpa pengetahuan penduduk.

Jingga 13 mendesak Kerajaan Negeri Negeri Sembilan untuk campurtangan sepenuhnya dan mengarahkan pemaju untuk menghentikan pengusiran secara paksa sehinggalah rundingan penyelesaian tamat. jangan kerana mengejarkan kemajuan, hak rakyat untuk kehidupaan yanag sempurna diabaikan..

Orenji Ren Oren

Ketua Koordinator Penerangaan Jingga 13 Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.