KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara tidak akan membuat rayuan terhadap
keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan bekas Menteri
Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik daripada tuduhan menipu kerajaan
Malaysia berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah yang mengetuai barisan pendakwaan dalam kes itu mengesahkan perkara itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini.
Pada 25 Okt lalu, Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskan Liong Sik di akhir kes pembelaan setelah berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kesemua pertuduhan.
Liong Sik, 70, yang diperintah membela diri pada 9 Mac tahun lepas, didakwa menipu kerajaan untuk memberi persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah, Pelabuhan Klang bagi pembinaan projek 'Mega Distribution Hub' yang kini dikenali PKFZ, pada 2002.s Liong Sik.
- Bernama
Posted by Jeebond BLM.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.