Followers

Friday, November 22, 2013

Geng penyamun sekitar Sg Petani di gempur dalam Ops Cantas Khas Polis tumpaskan Geng Khalid, empat ditangkap


Photo: Friday, November 22, 2013.

Geng penyamun sekitar Sg Petani di gempur dalam Ops Cantas Khas
Polis tumpaskan Geng Khalid, empat ditangkap

SUNGAI PETANI - Polis menumpaskan Geng Khalid, yang dipercayai aktif dalam beberapa kes samun stesen minyak sekitar daerah Kuala Muda, dengan tertangkapnya empat suspek lelaki warga tempatan menerusi Ops Cantas Khas baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata, suspek yang berusia lingkungan 18 hingga 27 tahun, ditangkap di kawasan Flat Paya Nahu dekat sini, ditahan reman lima hari sehingga 24 November ini.

Beliau berkata, suspek pertama ditahan pada 10.30 malam 16 November lepas yang membawa kepada penangkapan tiga lagi pada 19 November.

"Siasatan awal mendapati penahanan anggota kumpulan ini dapat membantu menyelesaikan 25 kes samun, termasuklah 15 kes samun stesen minyak sekitar daerah ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda hari ini.

Khalil berkata susulan penahanan itu, polis merampas 43 telefon bimbit pelbagai jenama, dua komputer riba, tiga topi keledar putih yang dipercayai digunakan semasa menyamun, sebilah parang buatan sendiri, buku lima dan dua motosikal.

"Kumpulan ini juga dipercayai terlibat dalam beberapa kejadian samun melibatkan premis yang beroperasi 24 jam termasuklah Kedai Rakyat 1Malaysia dan 7Eleven," katanya sambil menambah suspek yang ditahan memiliki rekod jenayah lain dan turut terlibat dengan dadah.

Beliau berkata, polis kini mengesan seorang lagi rakan mereka yang masih bebas dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran. - Bernama

Kedahlanie. SUNGAI PETANI - Polis menumpaskan Geng Khalid, yang dipercayai aktif dalam beberapa kes samun stesen minyak sekitar daerah Kuala Muda, dengan tertangkapnya empat suspek lelaki warga tempatan menerusi Ops Cantas Khas baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata, suspek yang berusia lingkungan 18 hingga 27 tahun, ditangkap di kawasan Flat Paya Nahu dekat sini, ditahan reman lima hari sehingga 24 November ini.

Beliau berkata, suspek pertama ditahan pada 10.30 malam 16 November lepas yang membawa kepada penangkapan tiga lagi pada 19 November.

"Siasatan awal mendapati penahanan anggota kumpulan ini dapat membantu menyelesaikan 25 kes samun, termasuklah 15 kes samun stesen minyak sekitar daerah ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda hari ini.

Khalil berkata susulan penahanan itu, polis merampas 43 telefon bimbit pelbagai jenama, dua komputer riba, tiga topi keledar putih yang dipercayai digunakan semasa menyamun, sebilah parang buatan sendiri, buku lima dan dua motosikal.

"Kumpulan ini juga dipercayai terlibat dalam beberapa kejadian samun melibatkan premis yang beroperasi 24 jam termasuklah Kedai Rakyat 1Malaysia dan 7Eleven," katanya sambil menambah suspek yang ditahan memiliki rekod jenayah lain dan turut terlibat dengan dadah.

Beliau berkata, polis kini mengesan seorang lagi rakan mereka yang masih bebas dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran. - Bernama

Kedahlanie.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.