Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menjadikan kertas usul menggantung N Surendran sebagai roket.Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menjadikan kertas usul menggantung N Surendran sebagai roket.
Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh ketika usul menggantung Ahli
Parlimen Padang Serai, N Surendran dari PKR dibacakan.
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) bangun membantah bacaan usul berkenaan yang dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri dengan menjerit "tarik balik" berulang kali.
Antara yang bangun membantah ialah Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang; Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, dan ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.
Azmin turut dilihat merenyukkan kertas usul berkenaan sambil menunjukkannya kepada Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee.
"Usul haram ... tarik balik!" jerit ahli Parlimen PR semasa usul berkenaan dibacakan, sambil menepuk meja. - 14 November, 2013.
The Malaysian Insider.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.