Sistem kehakiman hanya akan bebas selepas hakim berhenti daripada
menerima habuan kewangan dan pangkat dalam menjalankan tugas mereka,
kata bekas hakim Mahkamah Tinggi ketika berucap kepada peguam dan ahli
akademik di Kuantan, hari ini.
Datuk V T Singham (gambar), ketika muncul kali pertama selepas bersara
empat bulan lalu berkata, perkara itu bukan kebebasan kehakiman yang
perlu diketengahkan.
"Kebebasan sistem kehakiman bergantung kepada integriti dan kesedaran setiap hakim.
"Hakim yang diamanahkan dengan kuasa dan akujanji untuk melaksanakan
tugas perlu melakukannya tanpa mengharapkan balasan kewangan atau
pangkat.
"Mereka tidak seharusnya menjadi galeri awam," katanya merujuk kepada
hakim yang membuat sebarang keputusan bagi mendapatkan perhatian pihak
berkuasa.
Singham berkata demikian ketika berucap dalam majlis anjuran Majlis
Peguam Pahang di Kampus Cawangan Universiti Islam Antarabangsa di Indera
Mahkota.
Katanya, perkataan keramat "kebebasan sistem kehakiman" akan sia-sia
jika hakim dan pegawai mahkamah tidak bebas dalam membuat keputusan.
"Perkataan itu hanya akan menjadi slogan. Undang-undang dan peguam tidak
seharusnya menjadi mangsa jika penghakiman dipengaruhi pelbagai
faktor,” katanya.
Singham, 65, turut menyeru pentadbir perundangan untuk adil kepada hakim
dan pegawai mahkamah apabila melibatkan soal kenaikan pangkat, kerana
ia seharusnya bebas tanpa diskriminasi dan campur tangan pihak berkuasa.
Singham sebelum ini dalam keputusan terakhirnya sebagai hakim
menjatuhkan kehakiman terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu
Bakar berhubung kes kematian dalam tahanan, A Kugan.
Pihak pendakwa memenangi kes berkenaan dengan ibu Kugan menerima bayaran
RM800,000 setelah memenangi kes berkenaan menentang polis dan kerajaan.
Beliau yang dikenali sebagai seorang yang tegas beberapa kali dinafikan kenaikan pangkat.
Kebanyakan rakannya yang dijadikan Suruhanjaya Kehakiman sepertinya
sejak 13 tahun lalu sudah berpindah ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah
Persekutuan.
Keadaan itu menjadikan Singham hakim Mahkamah Tinggi paling tua di Malaysia. ~tmi
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.