Followers

Wednesday, November 13, 2013

Anwar Dedah Tembelang Panel Hakim Mahkamah Persekutuan - Posted by Addin Deen


Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) untuk mengeluarkan perenggan bersalah pada 2004 oleh Mahkamah Persekutuan, yang mengatakan beliau mempunyai kecenderungan homoseksual ditangguhkan selepas beliau membantah kehadiran Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebagai salah seorang hakim.

Panel lima hakim yang dipengerusikan oleh Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin itu kemudian ditangguhkan pada 2 Disember.

Timbalan Pendaftar Mahkamah, Khainur Aleeza Ismail memaklumkan perkara itu kepada Zulkefli berikutan panel sedang mengendalikan kes lain.

Peguam, Datuk Sulaiman Abdullah, yang mewakili Anwar sebelum itu bertemu Khainur, tetapi enggan mengulas lanjut perkara itu kepada pemberita.

Timbalan Pendakwaraya Awam, Manoj Kurup, berkata peguam Anwar membantah kehadiran Apandi sebagai hakim.

"Saya akan menolak permohonan mereka untuk mengeluarkan Apandi jika kes ini diteruskan," katanya.

Apandi, yang dipindahkan ke Mahkamah Persekutuan adalah bekas Bendahari Umno Kelantan dan calon dalam pilihan raya umum.

Selain Apandi, turut bersama sebagai panel adalah Datuk Paduka Zaleha Zahari, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ramly Ali. ~tmi.

Komen:

 
 
Hakim pun dah jadi PENCACAI UMNO ?? Hancur lah negara ini.....patut lah Pelabur2 Asing lari ke Makhamah Singapura untuk membuat Perjanji Kontrak Perniagaan ( Joint Venture ) kerana Makhamah kita tidak lagi berwibawa seperti dulu kala.... hampir semua dah jadi lembu cucuk hidung.... rosaknya sistem Kehakiman bermula dari pemerintahan Mamakdey dari Kerala - cara dan budaya samseng di Tamil Naidu dibawa masuk kedalam negara ini......

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.