Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang Ustaz Nazri Ahmad meminta pihak polis dan
kerajaan mengambil langkah serius membendung jenayah pembunuhan dan
tembakan.
Katanya, kes terbaru pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Bahagian
Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Raflie Ab Malik
(gambar) yang mati selepas terkena tiga das tembakan hari ini,
membuktikan jenayah tersebut kini bukan sahaja berkaitan dengan
gangsterisme malah melarat ke bidang agama.
Sambil melahirkan rasa sedih, beliau mahu pihak berkuasa segera memberkas penjenayah tersebut bagi menghormati isntitusi agama.
Nazri mengulas kes tembakan maut Pegawai Penguatkuasa Jaip Raflie yang
berlaku di hadapan rumah Allahyarham di Indera Mahkota 2, dekat sini,
kira-kira pukul 2 petang hari ini.
Menurut sumber polis, Raflie yang berasal dari Chenor, meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira jam 2 petang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Zakaria Ahmad yang
mengesahkan kejadian itu berkata, tiga suspek lelaki dipercayai terbabit
dalam kejadian.
Ketiga-tiga suspek itu dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah
kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna putih selepas menambak
mangsa.
Beliau berkata, polis masih menyiasat kejadian itu.
Sebelum ini Raflie dikatakan begitu giat menggeledah tempat-tempat ajaran sesat dan Syiah seluruh negeri Pahang. ~hrkh
Addin :
Al-fatihah.. moga roh Allahyarham di tempatkan di kalangan para syuhada.. amin..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.