Followers

Monday, October 7, 2013

ZUL NORDIN TARIK BALIK TUDUHAN TERHADAP AZIZ BARI ?


Photo: Isnin, Oktober 07, 2013.

ZUL NORDIN TARIK BALIK TUDUHAN TERHADAP AZIZ BARI ?

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini merekodkan penghakiman persetujuan antara Dr Aziz Bari dan akhbar Utusan Malaysia serta Zulkifli Nordin atas kes saman fitnah yang difailkan oleh Dr. Aziz Bari ke atas kedua dua pihak tersebut.

Di dalam perbicaraan writ saman fitnah yang difailkan oleh Dr. Aziz yang sepatutnya berlangsung hari ini hingga Rabu, pihak plaintif dan defendan-defendan bagaimanapun bersetuju menyelesaikan kes tersebut apabila pihak Utusan dan Zulkifli Noordin bersetuju untuk menarik balik tuduhan ke atas Dr Aziz sepertimana yang diterbitkan semula oleh Utusan pada 18 Oktober 2011.

Bagaimanapun penarikan balik tersebut dilakukan tanpa pengakuan liabliti oleh defendan-defendan.

Penarikan balik tuduhan ke atas Dr Aziz Bari dilakukan oleh defendan-defendan di Mahkamah terbuka hari ini di hadapan Yang Arif Hakim Puan Yeoh Wee Siam dan kata-kata penarikan balik yang direkodkan di Mahkamah adalah seperti berikut:-

Defendan-defendan bersetuju menarik balik perkataan-perkataan berikut yang telah dituturkan oleh Defendan Pertama dan diterbitkan semula oleh Defendan Ketiga pada 18.10.2011

"Bahawa kenyataan Abdul Aziz itu bukan sahaja kurang ajar dan biadap tetapi bercanggah dengan kedudukan profesion dia sebagai seorang pensyarah. Justeru dia perlu letak jawatan."

Dr Aziz Bari diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin bersama sama Azhana Mohd Khairudin menakala Utusan diwakili oleh Mohanakumar dan Zulkifli Noordin diwakili oleh encik Hasnal Redzua Merican.

Dr Aziz juga turut hadir di Mahkamah hari ini.

Baru baru ini akhbar Sinar Harian juga memohon maaf atas penerbitan kata kata fitnah ke atas Presiden PAS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden Pas, Tuan Haji Mohd Sabu di dalam artikel yang ditulis oleh Dr Mashitah bertajuk " Skandal seks, krisis politik Pakatan" bertarikh 2.3.2012 di kolum beliau "langit terbuka" di akhbar tersebut.

Kata kata maaf tersebut telah disiarkan oleh akhbar Sinar Harian pada 27 September 2013 yang lalu. Bagaimanapun Dr Mashitah sehingga kini masih enggan meminta maaf ke atas kedua dua pemimpin tertinggi PAS tersebut dan kes ke atas Dr Mashitah akan diteruskan untuk perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dalam kes tersebut Presiden PAS diwakili oleh Nasar Khan manakala Haji Mohd Sabu diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin dan Azhana Mohd Khairudin.

Harakahdaily

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2013/10/zul-nordin-tarik-balik-tuduhan-terhadap.html#ixzz2h2zuvPEX KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini merekodkan penghakiman persetujuan antara Dr Aziz Bari dan akhbar Utusan Malaysia serta Zulkifli Nordin atas kes saman fitnah yang difailkan oleh Dr. Aziz Bari ke atas kedua dua pihak tersebut.

Di dalam perbicaraan writ saman fitnah yang difailkan oleh Dr. Aziz yang sepatutnya berlangsung hari ini hingga Rabu, pihak plaintif dan defendan-defendan bagaimanapun bersetuju menyelesaikan kes tersebut apabila pihak Utusan dan Zulkifli Noordin bersetuju untuk menarik balik tuduhan ke atas Dr Aziz sepertimana yang diterbitkan semula oleh Utusan pada 18 Oktober 2011.

Bagaimanapun penarikan balik tersebut dilakukan tanpa pengakuan liabliti oleh defendan-defendan.

Penarikan balik tuduhan ke atas Dr Aziz Bari dilakukan oleh defendan-defendan di Mahkamah terbuka hari ini di hadapan Yang Arif Hakim Puan Yeoh Wee Siam dan kata-kata penarikan balik yang direkodkan di Mahkamah adalah seperti berikut:-


Defendan-defendan bersetuju menarik balik perkataan-perkataan berikut yang telah dituturkan oleh Defendan Pertama dan diterbitkan semula oleh Defendan Ketiga pada 18.10.2011

"Bahawa kenyataan Abdul Aziz itu bukan sahaja kurang ajar dan biadap tetapi bercanggah dengan kedudukan profesion dia sebagai seorang pensyarah. Justeru dia perlu letak jawatan."

Dr Aziz Bari diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin bersama sama Azhana Mohd Khairudin menakala Utusan diwakili oleh Mohanakumar dan Zulkifli Noordin diwakili oleh encik Hasnal Redzua Merican. 


Dr Aziz juga turut hadir di Mahkamah hari ini.

Baru baru ini akhbar Sinar Harian juga memohon maaf atas penerbitan kata kata fitnah ke atas Presiden PAS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden Pas, Tuan Haji Mohd Sabu di dalam artikel yang ditulis oleh Dr Mashitah bertajuk " Skandal seks, krisis politik Pakatan" bertarikh 2.3.2012 di kolum beliau "langit terbuka" di akhbar tersebut.

Kata kata maaf tersebut telah disiarkan oleh akhbar Sinar Harian pada 27 September 2013 yang lalu. Bagaimanapun Dr Mashitah sehingga kini masih enggan meminta maaf ke atas kedua dua pemimpin tertinggi PAS tersebut dan kes ke atas Dr Mashitah akan diteruskan untuk perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dalam kes tersebut Presiden PAS diwakili oleh Nasar Khan manakala Haji Mohd Sabu diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin dan Azhana Mohd Khairudin.

Harakahdaily

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2013/10/zul-nordin-tarik-balik-tuduhan-terhadap.html#ixzz2h2zuvPEX

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.