KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi sering muncul
di dada akhbar kebelakangan ini dengan komen-komen kontroversi dan
keputusan yang menggemparkan beberapa pihak dalam masyrakat di Malaysia
demi memuaskan hati pihak yang berkepentingan dalam negara.
Isu hangat terbaru Zahid melibatkan bagaimana cara dia dan pihak
polis menangani kadar jenayah di Malaysia yang semakin tinggi dengan
tindakan yang lebih tegas berserta undang-undang yang lebih zalim.
“Dia bercakap seperti karektor Godfather dalam cerita Mafia, seolah-olah memberi isyarat hijau dan galakkan kepada polis yang suka menggunakan pistol. Zahid sedang berusaha untuk memenangi kerusi dalam pemilihan Umno.” Ahli parlimen pembangkang dari kawasan Batu, Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.
Polarasi yang membahayakan
Walaupun menerima kritikan dari Tian, begitu ketara ramai ahli parti pemerintah Umno, bersetuju dengan Zahid , naib presiden mereka itu.
Dalam ucapannya pada hari Sabtu, Zahid mendedahkan bahawa polis di Malaysia akan menembak dahulu.
Dia juga dengan angkuhnya menegaskan undang-undang menindas yang telah diperbaharui baru-baru ini, Akta Pencegahan Jenayah 1959 adalah hasil usahanya. Reaksi yang pelbagai diterima menunjukkan betapa merbahayanya polarasi kaum di Malaysia pada hari ini.
“Ini sepatutnya menyedarkan rakyat Malaysia. Zahid bukanlah tin kosong sebaliknya seorang ahli politik yang berbisa. Bagi sesetengah kelompok masyarakat- pemimpin masyarakat, NGO, pihak pembangkang, ramai orang Melayu termasuk majoriti bukan Melayu, komen kasar Zahid agak memalukan. Dalam negara yang mengamalkan demokrasi, dia sepatutnya dilucutkan dari jawatan.
Namun di Malaysia, yang majoritinya adalah orang Melayu, dialah hero,” seorang pemerhati UMNO memberitahu Malaysia Chronicle.
“Bagi orang Melayu, dia sedang melakukan apa pemimpin Umno yang baik akan lakukan- apa sahaja untuk orang Melayu. Untuk memastikan orang Melayu boleh melakukan apa sahaja, bukan Melayu sepatutnya disekat dengan senjata dan undang-undang zalim supaya tiada siapa yang berani membantah.
Kerana itulah saya menegaskan bahawa loceng kecemasan telah berbunyi dan bukan Melayu sedang membuang masa bermimpi tentang Malaysia untuk rakyat Malaysia. Jelaslah sudah, Melayu Umno tidak mahu ini berlaku. Mereka mahu berada di atas kaum lain dan kerana inilah kamu nampak hanya para pemimpinnya boleh terlepas daripada falsafah dan polisi kuno yang dibuat.
Ambil kesempatan untuk raih undi sebagai TP?
Zahid telah bercakap dalam taklimat kerajaan kepada pemimpin masyarakat berkaitan isu sekuriti tetapi nampaknya perbincangan itu bertukar menjadi hal ehwal Umno dengan Zahid mengambil kesempatan sepenuhnya untuk meraih undi.
Dia merupakan salah seorang daripada timbalan presiden yang mempertahankan kerusi untuk pemilihan parti yang bakal diadakan pada 19 Oktober ini.
Para wartawan telah dihalau keluar dipenghujung ucapannya, dengan Zahid mengugut untuk menutup akhbar mereka jika mereka berani melaporkan komen Zahid.
“Apakah situasi mangsa rompakan, mangsa bunuh semasa tembakan? Kebanyakkan mereka adalah orang Melayu, orang kita,” Malaysiakini melaporkan komen Zahid.
“Saya rasa paling berkesan adalah kita jangan lagi berkompromi dengan mereka. Tidak usah beri mereka apa-apa amaran lagi. Jika (kita) dapat bukti, (kita) tembak dulu.”
Tembak dahulu OK, tahan tanpa perbicaraan juga OK
Menurut Malaysiakini, Zahid juga menyentuh tentang 28000 daripada 40000 orang ahli kumpulan yang dikenalpasti oleh pihak polis dalam operasi membenteras gangster sebagai kaum India yang juga warganegara dan tidak salah jika mereka diberkas.
Menteri Umno itu juga menyentuh tentang kejadian tembak mati bagi lima orang India yang disyaki sebagai gangster di Pulau Pinang pada bulan Ogos dan mengutuk timbalan menteri yang mempersoalkan insiden tersebut. Walaupun dia tidak menyebut nama timbalan menteri itu, jelas dia sedang merujuk kepada P Waythamoorthy.
“Ada seorang timbalan menteri…dia mempersoalkan saya dan polis. Dia bertanya kenapa tiada tembakan amaran dahulu sebelum menembak. Saya berkata, jika anda mahu berada dalam NGO, letak jawatan sebagai timbalan menteri. Dia tidak layak menjadi timbalan menteri,” kata Zahid yang disambut dengan sorakan.
APJ Kejam itu hasil usaha saya- kata Zahid
Zahid juga dengan angkuhnya berkata pindaan terhadap Akta Pencegahan Jenayah 1959 (APJ) yang memperkenalkan semula penahanan tanpa perbicaraan merupakan “undang-undang baru saya”. Pindaan terhadap APJ ini membolehkan penahanan tanpa perbicaraan sehingga dua tahun untuk satu-satu masa.
“Kita menyiasat (kes jenayah), kita bawa ke mahkamah. Jika tiada bukti, tidak mencukupi, sekurang-kurangnya kita boleh tahan dia sehingga 2 tahun. Itu undang-undang baru saya, tiada kompromi.”
Zahid terus bercakap tentang bagaimana dia memujuk Kabinet serta Speaker Parlimen Pandikar Amin Mulia dan polis untuk menyokong ideanya.
"Akta Keselamatan Dalam Negeri telah dimansuhkan, Ordinan Darurat telah dimansuhkan, Akta Kediaman Terhad telah dimansuhkan, tetapi mereka (pembangkang) terlepas pandang APJ 1959, mereka tidak menyedarinya.
"Saya berbincang dengan jeneral inspektor polis. Saya juga telah berbincang dengan penasihat undang-undang kementerian, saya maklumkan ini boleh digunakan. Saya (membincangkannya) dan (menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal Parlimen) Shahidan Kassim rancang apabila tiba masanya (untuk mengundi), ... speaker akan berada di pihak kami, setiausaha Dewan Rakyat akan berada di pihak kami," katanya.
Kenyataan terkini Zahid bercanggah dengan apa yang dibuatnya kurang daripada dua minggu lalu, ketika ditanya apakah peluangnya dalam mempertahankan jawatannya dan jika dia telah menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Dalam Negeri untuk mendapat sokongan akar umbi Umno.
Sebagai penyandang, saya sedang menjalankan tanggungjawab yang diberikan kepada saya. Sebagai Menteri Dalam Negeri, apa yang saya lakukan bukanlah untuk mencapai matlamat politik tetapi untuk menjaga keselamatan seluruh rakyat Malaysia,” tambah Zahid lagi.
[Terjemahan oleh Huzainah A Rani, Malaysia Chronicle]

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.