Followers

Sunday, October 27, 2013

VIDEO - Sungai Limau - Menyokong Umno, kita akan masuk syurga!


Di Sungai Limau, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar supaya didatangkan dalil bagi membuktikan bahawa mengundi Umno akan masuk neraka. 

“Berhijrah dari PAS kepada Umno tidak salah.Tidak ada hukuman mengatakan ini adalah satu dosa besar, tidak ada! 

“Kalau pemimpin PAS buat ceramah mengatakan akan berdosalah kamu, akan kamu masuk neraka… jangan percaya!

 “Tidak ada dalam kitab mana kalau boleh ditunjuk sokong Umno salah dan akan masuk neraka! Saya cabar! Sila...Kalau ada ustaz-ustaz tunjuk kepada saya, saya cabar sila!”

 Demikian itu antara kata-kata bongkak dari seorang Menteri yang jahil muraqqab! Apakah beliau tidak pernah terbaca ayat Allah yang lazim kita baca yang maksudnya: 

"Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar debu pasti dia akan melihatnya dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat debu pasti dia akan melihatnya".AZ-ZILZAL, 99:7-8.

 Berdasarkan ayat diatas, kalau kita melakukan kebaikan atau kejahatan, kita pasti akan dapat balasannya yang setimpal. Maka kalau kita sokong pemimpin atau parti buat baik, kita juga akan dapat pahala. Kalau kita dapat pahala, insya Allah, Allah swt menjanjikan kita dengan syurga.

 Demikian pula sebaliknya; kalau kita menyokong pemimpin atau parti yang buat kemungkaran, kita juga akan mendapat dosa.Kalau kita dapat dosa, insya Allah, Allah swt menjanjikan kita dengan neraka.

 Mudah cerita, katakan sahaja sokongan itu dizahirkan dalam bentuk undi. Perkara ini bukan sahaja untuk PAS malah juga untuk Umno. Kalau Umno urus negara dengan baik, ikut apa yang Allah swt suruh, tinggal dan cegah apa yang Allah swt larang, sudah pasti, dengan menyokong Umno, kita akan masuk syurga juga.

 Walaupun Umno membina masjid dan surau blah, blah, blah.... tetapi jangan lupa bahawa Umno juga meluluskan pelbagai lesen judi dan arak dalam negara ini. 

 Dasar Umno yang menggalakan segala macam maksiat dan kemungkaran di negara yang kononnya sebuah negara Islam seperti Malaysia ini terbukti adalah lebih besar sumbangannya kepada 'kerosakan' daripada 'kebaikan' yang dilaung-laungkannya.

 Sila ikuti penjelasan seterusnya dari Tok ‘Alim di bawah: 


 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.