Followers

Thursday, October 10, 2013

[VIDEO] Kenyataan Zahid Hamidi Bukti Nyata Beliau Buta Undang-undang

 


P'Bagaimana dengan hak polis dan mangsa jenayah?'

Selepas menjadi sasaran kecaman berhubung kenyataannya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan mengapa pengkritik beliau tidak mempertahankan hak mereka yang menjadi mangsa penjenayah.

"Mana hak asasi untuk polis dan mangsa rompak, tembak dan bunuh. Kenapa pejuang hak asasi tidakpun membela? Hak asasi hanya untuk penjenayah?" tanya Zahid dalam tweetnya.


Tweet tersebut nampaknya tidak merujuk kepada apa-apa yang khusus, tetapi dibuat ekoran kecaman hebat terhadapnya selepas laporan Malaysiakini yang berdasarkan rakaman ucapannya yang bocor.

Zahid berdiam diri sejak laporan-laporan tersebut disiarkan pada pada hari Isnin.

Beliau didedahkan sebagai membiarkan amalan menembak penjenayah yang disyaki, daripada menangkap mereka.

Antara mereka yang ditembak mati dalam beberapa tahun kebelakangan ini termasuklah remaja 14 tahun Aminulrasyid Amzah. Semuanya dituduh menyerang polis sebelum ditembak mati.

Kemudian ketua polis Selangor yang kini menjadi Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendakwa Aminulrasyid cuba merempuh polis dan dibawa sebilah parang dalam kereta yang dipandunya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang turut berada di majlis ketika Zahid membuat ucapan kontroversi itu, berkata adalah "tidak beretika" untuk melaporkan berkaitan satu majlis tertutup. -mk


Polis: Dua laporan dibuat terhadap Zahid Hamidi


Polis hari ini mengesahkan dua laporan dibuat terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) iaitu di Jinjang, Kuala Lumpur dan satu lagi di Melaka.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Khairi Ahrasa mengesahkan laporan polis yang dibuat di Jinjang dipindahkan ke Melaka untuk tindakan selanjutnya.

"Ucapan itu dibuat di Melaka jadi kami serahkan kepada mereka untuk siasat," katanya.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata baru-baru ini, polis tidak lagi teragak-agak untuk menembak terlebih dahulu tanpa memberi sebarang amaran.

Kenyataannya itu didedahkan menerusi satu rakaman suara di Melaka pada Jumaat lalu.

"Bagaimana keadaan mangsa rompakan, bunuh masa tembakan ini? kebanyakannya adalah orang Melayu kita. Kebanyakannya ialah bangsa kita.

"Saya fikir, cara paling baik jangan ada kompromi dengan mereka. Jangan ada lagi amaran kepada mereka, kita dapat bukti kita tembak dulu," kata Ahmad Zahid yang dipetik dalam rakaman tersebut.

Semalam Ahli Parlimen Segambut dari DAP, Lim Lip Eng membuat laporan polis terhadap Ahmad Zahid di Jinjang, Kuala Lumpur berhubung dengan kenyataan yang dianggap memberikan “lesen bunuh” kepada polis. -TMI



PKR: Zahid perlu asas pengetahuan undang-undang


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berhubung kenyataan 'tembak dulu' terhadap penjenayah.

Anwar berkata kenyataan yang disifatkan "tiada ruang perbincangan" terpakai hanya kepada penjenayah yang mengugut anggota keselamatan dengan menggunakan senjata seperti M-16.

Bercakap dalam sidang media di Petaling Jaya, ketua pembangkang itu berkata Zahid membuat kenyataan keras dan Zahid yang juga ahli parlimen Bagan Datoh memerlukan latihan asas undang-undang jenayah dengan kadar segera. -mk

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.