Kuala Lumpur: Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki
dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan
berhampiran LRT Gombak dan LRT Taman Melati.
Dalam kejadian kira-kira
jam 11.20 pagi tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik
dan pekerja kedai runcit ditikam suspek
berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok.
Selepas kejadian itu,
suspek memandu van rokok berkenaan melarikan diri ke LRT Taman Melati
lalu melanggar sebuah van membawa mineral. Timbalan Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata,
suspek keluar lalu menikam pemandu van berkenaan sebanyak tiga tikaman
dan maut di lokasi kejadian.
"Suspek larikan diri pula ke Jalan Tumbuhan
kira-kira 200 meter dari lokasi itu dan melanggar sebuah kereta jenis
Toyota Prius dipandu remaja lelaki.
"Suspek itu kemudian keluar dan
menikam pula pemandu kereta terbabit yang turut maut di tempat
kejadian," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian.
Khairi berkata,
orang ramai yang menyedari kejadian itu berusaha menahan suspek
menyebabkan berlaku pergelutan dan merampas pisau rambo yang digunakan
suspek.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.