Followers

Friday, October 18, 2013

TINGGAL 24 JAM: Ali Rustam 'diperangkap', barisan ZAHID HISHAM MUKHRIZ ada peluang - Oleh Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle



KUALA LUMPUR -Kenapa Ali Rustam dan tidak Zahid Hamidi? Itulah reaksi kepada laporan bahawa bekas Ketua Menteri Melaka sedang disiasat oleh polis kerana didakwa membuat kenyataan berunsur hasutan terhadap masyarakat Cina dalam satu acara di Bandar baru-baru ini.

TINGGAL 24 JAM: Ali Rustam 'diperangkap', barisan ZAHID HISHAM MUKHRIZ ada peluangSudah tentu, ini bukanlah kerana Ali Rustam tidak layak untuk disiasat dan dengan teliti. Tetapi begitu juga dengan Zahid, Menteri Dalam Negeri yang secara kebetulan merupakan pesaing Ali untuk salah satu daripada tiga kerusi TP yang penting dalam Umno.

Malah, ramai akan bersetuju bahawa Zahid telah membuat kenyataan yang lebih kontroversi dan bersifat menghasut. Ramai peguam berpendapat bahawa Menteri Dalam Negeri itu harus ditangkap kerana berniat pembunuhan dengan kenyataan ‘tembak dulu’, tetapi Zahid merupakan menteri yang bertanggungjawab terhadap pihak polis. Jadi siapa yang akan berani untuk menyiasatnya, jika mengambil kira cara tadbir urus di Malaysia.

48 jam yang terpenting

Ia bagaikan peristiwa berulang bagi Ali Rustam yang telah digugurkan daripada pemilihan Umno pada 2009 selepas didakwa terlibat dalam 'politik wang' atau memberi rasuah kepada perwakilan untuk mengundinya dengan hadiah , makanan dan sebagainya.

Tinggal dua hari lagi untuk pemilihan Umno pada 19 Oktober , apa yang berlaku dalam tempoh 48 jam yang akan datang adalah penting bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pendahulunya Mahathir Mohamad.

Sekarang, ahli-ahli Umno pasti sudah mula bercakap tentang Najib dikatakan bersekongkol dalam diam dengan tiga naib presiden sedia ada. Menurut khabar angin yang tersebar, sebagai pertukaran terhadap sokongan Najib, ketiga-tiga mereka bersetuju untuk menyokongnya menentang puak Mahathir.

Ketiga-tiga penyandang akan mempertahankan jawatan mereka dan mereka ialah sepupunya Hishammuddin Hussein yang menjadi Menteri Pertahanan, Shafie Apdal Menteri Luar Bandar yang juga wakil Umno Sabah dan Zahid Hamidi, yang sedang mendahului perebutan kerusi TP.

Tetapi Mahathir mahu permulaan untuk anaknya , Mukhriz Ketua Menteri Kedah. Dan biasanya, apa yang orang tua ini mahu, dia pasti akan dapat!

Malah sekarang , Mahathir menolak untuk berkompromi dan dia dijangka akan melancarkan perang habis-habisan menentang pasukan Najib selesai pemilihan Umno jika Mukhriz tidak berada dalam barisan TP .

Jadi, seseorang pasti terpaksa memberi laluan kepada Mukhriz. Siapakah calon itu nanti?

Memanfaatkan kebencian Umno terhadap orang Cina dan orang Kristian 

Adakah Zahid akan menjadi korban? Sebenarnya agak sukar untuk menolak Zahid keluar kerana dia kini terlalu popular dikalangan kelas bawahan yang juga pelampau dalam Umno setelah berusaha sedaya upaya mengambil hati mereka dengan kenyataan-kenyataan dan tindakan melampau.

Dalam Umno, bukanlah menjadi kesalahan jika anda membuat kenyataan yang tidak masuk akal yang jahat yang menyakiti kaum lain. Objektif utama adalah untuk menampakkan orang Melayu seolah-olah berkuasa dan memberikan mereka bantuan ekonomi tanpa mengira penat lelah kaum-kaum lain. 

Kebencian Umno kepada orang Cina dan Kristian adalah luar biasa, dan ia telah dibina dan dipupuk oleh pemimpin-pemimpin yang silih berganti bermula dengan bapa Najib - Abdul Razak Hussein, perdana menteri kedua negara.

Hisham? Tidak mungkin - tetapi bukan kerana dia kuat. Yang pasti, dia popular di kalangan akar umbi di mana sebahagian besar daripada mereka tidak yakin dia mempunyai ketokohan memimpin Umno untuk membawa ia ke mana-mana. 

Walau bagaimanapun, dia merupakan sepupu yang dipercayai Najib dan Najib mahu ahli keluarga berada disampingnya. 

Jadi ada kemungkinan Najib akan menggunakan segala kuasa dan sumber-sumber yang ada sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia untuk menjadikan Hisham dipilih semula.

Hubungan yang lemah dan peluang Mukhriz

Mungkinkah tuduhan menghasut terhadap Ali Rustam ada kaitan dengan keinginan untuk mengekalkan status -quo?

Menurut sumber dalaman Umno , ia tidak mustahil jika Zahid menggunakan pengaruhnya untuk mengarahkan polis melancarkan siasatan terhadap Ali, untuk melemahkannya menjelang pengundian Sabtu ini . Walau bagaimanapun, motif disini bukanlah untuk dirinya sendiri, walaupun dia akan mendapat manfaat, tetapi ia lebih kepada membantu Hisham.

Bagaimana pula dengan Shafie, calon terakhir daripada tiga penyandang asal? Ia sebenarnya mudah untuk menjatuhkan pemimpin Sabah yang terpalit skandal seks ini. Shafie boleh diundi keluar jika pihak-pihak tertentu termasuk dari negerinya sendiri memutuskan untuk mengkhianatinya dan mendapatkan perwakilan untuk mengundi calon-calon lain walaupun pengaruh ini datangnya dari semenanjung.

Menurut khabar-khabar angin dalam Umno, Shafie belum 'menyelesaikan' atau berbaik dengan rakan-rakannya di Sabah. Pada satu ketika, Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman juga mahu bertanding jawatan Naib Presiden tetapi telah dipujuk oleh Najib untuk menarik diri.

Jadi, jika Shafie gagal untuk memuaskan hati rakan-rakannya di Sabah, maka ia akan menyediakan Mukhriz dengan peluang untuk naik ke takhta hierarki kuasa Umno.

Sudah tentu Mukhriz perlu memastikan bahawa dia akan menewaskan dua pencabar lain, Ali Rustam dan Pengerusi Felda Isa Samad. Bukan Shafie sahaja yang perlu disingkirkan tetapi Ali dan Isa juga perlu disekat.

Jadi mungkin apa yang berlaku pada Ali Rustam dengan siasatan menghasutnya menjadi lebih jelas sekarang.
 
"Shafie Apdal akan menjadi mangsa jika dia gagal untuk mendapatkan sokongan majoriti daripada Sabah. Jika perebutan kuasa adalah benar, Shafie mungkin perlu mengalah dan ini akan memberi ruang kepada Mukhriz. Mahathir, bapanya telah menjalankan kempen senyap tetapi amat berkesan. 

Jangan terkejut jika orang tua itu telah melancarkan serangan dari Timur kerana dia tahu ia bukan mudah di semenanjung di mana Najib telah mengambil pendirian yang neutral dan senyap terhadap Mukhriz," kata seorang veteran Umno kepada Malaysia Chronicle.

"Tetapi saya rasa Najib terpaksa berkompromi. Keadaan masih boleh berubah, kita masih mempunyai 48 jam tetapi sehingga kini, barisan Zahid, Hisham dan Mukhriz Nampak ok untuk Najib. Sebenarnya dia tidak mempunyai pilihan selain menerima kerana sentimen politik dalam UMNO dan masyarakat Melayu masih bersama Mahathir. 

Anda boleh lihat dari respons terhadap larangan penggunaan kalimah Allah , yang bagi saya tidak masuk akal , tetapi orang-orang Umno seolah-olah berfikir Najib menyampaikan seruan Tuhan kepada mereka. Semakin dia menyakiti orang bukan Melayu terutamanya orang Cina dan orang-orang Kristian , semakin mereka suka kepadanya. 

Jadi, jika Najib mahu menjadi lebih relevan daripada Mahathir , dia mestilah lebih teruk daripada Mahathir. Lebih banyak menipu, lebih licik, lebih bermuka-muka dan lebih jahat dari Mahathir."

Ali Rustam bakal digugurkan lagi, Isa tidak punyai peluang yang cerah

Jika spekulasi itu benar, maka Ali Rustam perlu berpuas hati dengan apa yang sudah diperolehinya yang sudah begitu banyak. Dia telah dijadikan pengerusi PUNB dan juga dilantik sebagai Senator di Dewan Undangan Negeri Melaka.

Pada majlis PUNB 8 Oktober yang lalu , Ali telah menaikkan sentimen Melayu dengan komen bahawa orang Cina perlu disalahkan untuk semua "aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang " di Malaysia.

ADUN Ayer Keroh Khoo Poay Tiong dan ADUN Kota Laksamana Lai Kuen Ban telah membuat laporan polis terhadapnya.

"Kita tidak boleh ada kasino , 4D , Toto , perjudian, loteri, rumah urut, ah long. Ini semua adalah haram. Dan orang-orang Cinalah yang terlibat dalam aktiviti-aktviti yang haram ini," Ali dilaporkan sebagai berkata.

Pada 6 Oktober yang lalu , Zahid menjadi buah mulut bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia dengan mendedahkan polis di sini mempunyai polisi ' tembak dahulu' dan itu tidak mengapa kerana kebanyakan mangsa jenayah di negara ini adalah "orang Melayu kita".

Isa Samad , bekas ketua menteri Negri Sembilan dan juga pencabar ketiga, tidak diwar-warkan sebagai mempunyai peluang yang cerah.  [Terjemahan oleh Huzainah A Rani, Malaysia Chronicle]

Malaysia Chronicle

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.