BUKANLAH
kita sengaja hendak mencari kesalahan orang lain apalagi mereka yang
telah bergelar pemimpin tetapi apa yang terbukti di depan mata sehingga
menimbulkan seribu persoalan, rasanya tidaklah keterlaluan untuk
dikongsi bersama.
Ceritanya
begini, Ketua Wanita Umno Bahagian Kota Marudu yang baharu, Redonah
Bahanda berjaya menewaskan Tina Majawan, penyandang yang telah memegang
jawatan tersebut sejak 30 tahun lalu.
Redonah
adalah calon paling layak menentang Tina setelah tidak ada wanita yang
berani mencabar jawatan tersebut yang disifatkan amat kebal di Kota
Marudu.
Pengalaman Redonah sebagai Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu selama dua penggal sudah cukup membuat dirinya dikenali.
Apabila
Redonah menawarkan diri untuk mencabar Tina, dia mula mendapat perhatian
wanita UMNO yang memang mahukan perubahan dalam kepimpinan Wanita yang
telah dianggap lapuk.
Selaku
Ketua Puteri, banyak kerja-kerja amal yang dilakukan bersama anggotanya
demi menaikkan nama UMNO yang kini semakin mula mendapat tempat di
kawasan tersebut.
Tina
Majawan akhirnya terpaksa akur dengan kemenangan Redonah. Menariknya,
ketika kempen berlangsung, isu yang paling hangat dimainkan adalah
hubungan Redonah dengan suaminya, Jailani Hamdan.
Apa yang menarik?
Inilah
persoalannya kerana suami Redonah adalah Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Matuggong yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR). Jailani
menang mudah pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu mengalahkan calon
Barisan Nasional (BN).
Jailani
sebelum menyertai PKR merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Marudu
yang amat disenangi penduduk kerana sikapnya yang pemurah dan dermawan.
Ketika
Redonah bertanding jawatan Ketua Wanita, banyak suara yang tidak puas
hati kerana memenangkan isteri seorang pembangkang yang sentiasa
berkempen menentang kerajaan BN.
Namun tuah Redonah, dia tidak menghadapi masalah untuk menang jawatan tertinggi dalam wanita di bahagiannya.
Adakah dia menang kerana pengundi sentiasa mengenangkan sikap dermawan suaminya yang masih suka membantu sehingga hari ini?
Sesiapa
pun boleh membuat andaian sendiri tetapi apa penting ialah suami ADUN
dari PKR dan isteri Ketua Wanita UMNO Bahagian itu hidup bahagia sebagai
suami isteri bersama tiga anak tersayang.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.