SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) tunggu apa lagi?" demikian reaksi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ketika diminta mengulas tentang tindakan yang sepatutnya diambil berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentangkan, awal minggu ini.
Laporan tersebut mendedahkan pelbagai ketirisan, kecuaian termasuk pencapaian kerajaan.
Menurut Nurul Izzah, SPRM tidak memerlukan laporan Audit untuk bertindak atau melakukan siasatan ke atas mana-mana kebocoran.
baca lagi ..
“SPRM sebenarnya tidak memerlukan laporan sedemikian. Ia sudah keluar di media jadi tunggu apa lagi?
“Saya tidak lihat sebab kenapa SPRM harus menunggu lagi. Mereka harus bertindak dengan cepat,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada program Kem Bantuan Guaman, di sini, hari ini.
Ketika ditanya soal cadangan agar diadakan jawatankuasa khas bagi mengkaji laporan Audit itu, beliau berkata, rakyat mahu melihat tindakan diambil ke atas setiap pembaziran yang berlaku.
“Sebenarnya, jawatankuasa itu...akhirnya mahu tindakan diambil. Mana-mana Laporan Ketua Audit Negara, jika tidak ada tindakan sudah tentu tahun depan ia akan berulang lagi.
"Kita tidak mahu berkali-kali pembaziran itu diulang berkali-kali, apa yang kita mahu adalah tindakan.
“Kita harus pastikan, Laporan Ketua Audit Negara ini diangkat sebagai laporan yang akan memaksa pesalah dikenakan tindakan, barulah wujud ketakutan dan rasa tanggungjawab,” katanya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Mengulas soal kenyataan menteri yang mendakwa laporan tersebut culas, beliau akui kenyataan itu sesuatu yang mengecewakan.
“Ini sesuatu yang amat mengecewakan kerana kita bercakap tentang badan yang bertauliah yang kita semua tahu ia menjadi tunjang kepada urus tadbir negara sekian lama.
“Jadi, saya haraplah menteri-menteri yang sedemikian bukan saja dapat dinyahkan dari kabinet tetapi dapatlah satu maklum balas nasihat mungkin daripada peguam negara ataupun badan-badan peguam lain,” katanya.
Terdahulu, Nurul Izzah merasmikan Kem Bantuan Guaman anjuran Parlimen Lembah Pantai yang akan menawarkan khidmat nasihat guaman secara percuma kepada masyarakat setempat di Bangsar.
Pen Buruk Online.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.