Ahli Parlimen DAP Bagan, Lim Guan Eng kesal dengan tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menolak soalan lisannya mengenai kehilangan saham Bumiputera miskin sebanyak RM52 bilion.
Guan Eng dalam soalannya meminta Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak menyatakan mengapa Suruhanjaya Siasatan Diraja tidak ditubuhkan untuk menyiasat kehilangan RM52 bilion itu yang sepatutnya diberi kepada Bumiputera miskin, sebaliknya ‘disapu’ pemimpin dan kroni UMNO.
lge
parlimenBagaimanapun dalam surat bertarikh 18 Oktober 2013 yang
dikemukakan oleh Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah mengikut
arahan Pandikar Amin menolak soalan berkenaan.
Penolakan itu
kerana Peraturan Mesyuarat 23(1)(C) iaitu ‘sesuatu pertanyaan tidak
boleh mengandungi apa-apa hujah, sangkaan, fikiran, tohmahan, puji atau
keji atau mengandungi kalimah mengelirukan, menyindir atau menyakitkan
hati atau mengenai apa-apa perkara dangkal atau meminta penerangan
mengenai perkara remeh’.
Baca :-
http://idaman78.blogspot.com/2013/10/speaker-tolak-soalan-ke-mana-hilang.html
Baca :-
http://idaman78.blogspot.com/2013/10/speaker-tolak-soalan-ke-mana-hilang.html
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.