Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar
Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir bertemu dengan ibubapa pelajar dan guru
sekolah-sekolah di sekitar daerah Kuala Muda dan Yan pagi ini.
Kira-kira 1,500 orang menghadiri majlis ini yang dinamakan 'Majlis Perjumpaan TPM merangkap menteri pendidikan bersama waris pelajar dan warga pendidik daerah Kuala Muda/Yan'.
Dalam ucapannya dalam kawasan Sekolah menengah Kebangsaan Sungai Limau itu, Muhyiddin menggesa hadirin agar mengundi calon BN pada 4 November nanti.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, yang juga bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak.
Pilihan raya kecil itu menyaksikan persaingan satu lawan satu antara calon PAS Mohd Azam Abd Samat dan calon BN Ahmad Sohaimi Lazim.
Menurut Muhyiddin lagi, gesaan itu adalah satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan beliau.
"Kalau saya tak ambil peluang ini untuk minta tuan-tuan dan puan-puan sokong kita, tak adil bagi saya"
"Saya minta tuan-tuan sokong calon kita Ahmad Sohaimi Lazim," kata Muhyiddin.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.