Followers

Friday, October 4, 2013

ROS 'berhutang' dengan DAP - Teresa Kok


Photo: Jumaat, 04 Oktober, 2013. 

ROS 'berhutang' dengan DAP - Teresa Kok
 
DAP menggesa Ketua Pengarah Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS), Datuk Abdul Rahman Othman perlu meletakkan jawatan atau dipecat kerana bertindak berpihak dan tidak cekap ketika menjalankan tugas.

Naib Pengerusinya, Teresa Kok berkata ROS yang mengganggu DAP sejak pemilihan Jawatankuasa Teringgi (CEC) Disember lalu, sebaliknya dilaporkan Jabatan Audit Negara sebagai tidak cekap dalam menjalankan penguatkuasaan.

Justeru, katanya sesiapa yang menyebabkan berlakunya ketidakcekapan itu perlu bertanggungjawab sepenuhnya, selain dikenakan tindakan.

Dalam kenyataannya kepada media, hari ini Laporan Audit 2012 merekodkan sebanyak 90 pertubuhan di Putrajaya, Pulau Pinang, Johor dan Pahang tidak menyerahkan laporan organisasi mereka seperti sepatutnya, tetapi tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap mereka.

Di bawah Seksyen 14 Akta Pertubuhan 1966, organisasi yang berdaftar di bawah ROS mesti menyerahkan laporan di antara 60 hari selepas mesyuarat agung tahunan diadakan.

"Namun, dalam kes CEC DAP, ROS bersikap terpilih apabila membuat pendakwaan berhubung aduan yang diterima dan sengaja membesar-besarkan perkara tersebut sehingga terpaksa diadakan kongres khas baru-baru ini," kata beliau.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan ROS bahawa jabatan itu 'berhutang' dengan DAP dan rakyat untuk memberikan penjelasan mengapa DAP digesa membuat pemilihan semula CEC, sedangkan parti itu telah memberikan kerjasama sebaiknya sepanjang siasatan.

Teresa, yang juga Ahli Parlimen Seputeh turut mengecam ROS yang tidak memberikan sebarang respons terhadap permohonan yang dikemukakan Pakatan Rakyat untuk mendaftarkan gabungan tersebut, walaupun sudah melebihi tiga tahun membuat permohonan itu.

Malah, kata Teresa di dalam Laporan Audit 2012 itu, ROS dinilai secara keseluruhannya sebagai 'tidak memuaskan' oleh Jabatan Audit Negara dan Abdul Rahman perlu bertanggungjawab terhadap jabatannya itu.

 

Harakahdaily

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com. DAP menggesa Ketua Pengarah Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS), Datuk Abdul Rahman Othman perlu meletakkan jawatan atau dipecat kerana bertindak berpihak dan tidak cekap ketika menjalankan tugas.

Naib Pengerusinya, Teresa Kok berkata ROS yang mengganggu DAP sejak pemilihan Jawatankuasa Teringgi (CEC) Disember lalu, sebaliknya dilaporkan Jabatan Audit Negara sebagai tidak cekap dalam menjalankan penguatkuasaan.

Justeru, katanya sesiapa yang menyebabkan berlakunya ketidakcekapan itu perlu bertanggungjawab sepenuhnya, selain dikenakan tindakan.

Dalam kenyataannya kepada media, hari ini Laporan Audit 2012 merekodkan sebanyak 90 pertubuhan di Putrajaya, Pulau Pinang, Johor dan Pahang tidak menyerahkan laporan organisasi mereka seperti sepatutnya, tetapi tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap mereka.


Di bawah Seksyen 14 Akta Pertubuhan 1966, organisasi yang berdaftar di bawah ROS mesti menyerahkan laporan di antara 60 hari selepas mesyuarat agung tahunan diadakan.

"Namun, dalam kes CEC DAP, ROS bersikap terpilih apabila membuat pendakwaan berhubung aduan yang diterima dan sengaja membesar-besarkan perkara tersebut sehingga terpaksa diadakan kongres khas baru-baru ini," kata beliau.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan ROS bahawa jabatan itu 'berhutang' dengan DAP dan rakyat untuk memberikan penjelasan mengapa DAP digesa membuat pemilihan semula CEC, sedangkan parti itu telah memberikan kerjasama sebaiknya sepanjang siasatan.


Teresa, yang juga Ahli Parlimen Seputeh turut mengecam ROS yang tidak memberikan sebarang respons terhadap permohonan yang dikemukakan Pakatan Rakyat untuk mendaftarkan gabungan tersebut, walaupun sudah melebihi tiga tahun membuat permohonan itu.

Malah, kata Teresa di dalam Laporan Audit 2012 itu, ROS dinilai secara keseluruhannya sebagai 'tidak memuaskan' oleh Jabatan Audit Negara dan Abdul Rahman perlu bertanggungjawab terhadap jabatannya itu.


Harakahdaily


Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.