Pilihan raya kecil DUN Sngai Limau masih belum panas meskipun hari
penamaan calon telah berlalu sejak lima hari lalu.Penduduk mendakwa
suasana yang berlalu sekarang seperti tidak seperti pilihan raya kecil
seperti selalunya yang sibuk dengan kempen.
Menurut mereka, apa yang berlaku ialah kunjungan pemimpin BN terutama
Umno serta dari Pakatan Rakhat khussunya PAS.“Umno dan PAS yang sibuk di
sini, pemimpin dari kaum lain tidak nampak muka lagi, kalau ada pun
seorang dua sahaja.
“Mungkin dua atau tiga hari sebelum mengundi iaitu 4 November depan,
Sungai Limau akan sesak dengan kenderaan dari luar daerah ini.“Ketika
itulah kedua-dua pihak (Umno dan PAS) akan mengeluarkan semua isu untuk
mendapatkan undi,” kata Abdullah Hashim, penduduk Sungai Limau.
Pilihan raya kecil keduaPilihan raya kecil Sungai Limau adalah yang
kedua selepas Kuala Besut bagi tahun 2003 ini.Bagaimanapun, seorang
penduduk lain – Zulkifli Ishak – berkata, jalan di sekitar Sungai Limau
terutama pada sebelah petang dan malam.
Beliau menambah, ceramah berkelompok sudah mula diadakan oleh kedua-dua
belah pihak terutama waktu malam.“Semua kampung akan ada bendera dan
banting besar, tetapi saya tengok lebih banyak bendera PAS berkibar.
“Sungai Limau merupakan kubu kuat PAS, tidak hairanlah bendera PAS bersaiz besar lebih banyak,” tambah beliau lagi.
Menjelang hari mengundi Rabu depan, penduduk tempatan berkata, kenderaan akan bertali arus di sepanjang jalan Sungai Limau.
Manakala pada waktu malam mereka berkumpul mendengar ceramah, penyokong
PAS akan ke tempat parti itu begitu juga sebaliknya. ~fmt
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.