Followers

Tuesday, October 29, 2013

Perkasa ramal PAS akan tewas di Sg Limau

Photo: Perkasa ramal PAS akan tewas di Sg Limau

Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) meramalkan PAS akan tewas dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau yang dijadualkan 4 November nanti.

Presidennya,Datuk Ibrahim Ali berkata,faktor utama yang menyebabkan PAS akan tewas ialah kerana orang Melayu kini mula menolak parti itu.Katanya orang Melayu menolak perjuangan PAS kerana parti itu banyak berdolak-dalik dalam banyak isu melibatkan kepentingan orang Islam dan Melayu.

"PAS betul-betul jadi terompah DAP.Politik PAS kejar dunia dan Islam dijadikan perkakas,"katanya menerusi sms kepada Astro AWANI.Ibrahim juga menjangkakan PAS akan tewas di Sungai Limau atas faktor pengundi luar yang dijangka tidak akan pulang mengundi kerana apa saja keputusan tidak akan memberi apa-apa makna.

Katanya jika penyokong PAS balik mengundi dan DUN Sungai Limau kekal di tangan parti itu,kedudukan kerajaan Kedah yang kini diterajui Barisan Nasional (BN) tidak akan tergugat.

"Pengundi luar tidak akan balik kerana buang masa balik untuk undi PAS yang tidak beri apa-apa faedah," katanya lagi. Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) meramalkan PAS akan tewas dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau yang dijadualkan 4 November nanti.

Presidennya,Datuk Ibrahim Ali berkata,faktor utama yang menyebabkan PAS akan tewas ialah kerana orang Melayu kini mula menolak parti itu.Katanya orang Melayu menolak perjuangan PAS kerana parti itu banyak berdolak-dalik dalam banyak isu melibatkan kepentingan orang Islam dan Melayu.

"PAS betul-betul jadi terompah DAP.Politik PAS kejar dunia dan Islam dijadikan perkakas,"katanya menerusi sms kepada Astro AWANI.
 
Ibrahim juga menjangkakan PAS akan tewas di Sungai Limau atas faktor pengundi luar yang dijangka tidak akan pulang mengundi kerana apa saja keputusan tidak akan memberi apa-apa makna.

Katanya jika penyokong PAS balik mengundi dan DUN Sungai Limau kekal di tangan parti itu,kedudukan kerajaan Kedah yang kini diterajui Barisan Nasional (BN) tidak akan tergugat.

"Pengundi luar tidak akan balik kerana buang masa balik untuk undi PAS yang tidak beri apa-apa faedah," katanya lagi.
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.