Followers

Tuesday, October 8, 2013

Penjelasan Ketua Audit Negara Membongkar Pembohongan Menteri Dan Ketua Polis Negara? - Posted by Addin Deen.


Photo: 08 Oktober, 2013.

Penjelasan Ketua Audit Negara Membongkar Pembohongan Menteri Dan Ketua Polis Negara?

Posted by Addin Deen.

Inilah wajah sebenar pemimpin Umno, tak kira masa tak kira tempat. Bohong sudah sinonim dengan Umno. Bila nak berbohong sudah tidak terfikir lagi, janji dapat jawab dan lepas ketika itu sahaja.

Terbaru, Ketua Audit Negara menafikan dakwaan Menteri KDN kononnya telah memberi penjelasan berkenaan kehilangan 44 pucuk senjata api.

Ketua Audit Negara memaklumkan bahawa tiada penjelasan dari pihak KDN dan Polis. Apa cerita ni? Sudahlah senjata hilang, kini cuba berdolak dalik pulak.

Ikuti penjelasan Ketua Audit Negara..


    Aset PDRM hilang: Ketua Audit Negara sangkal polis ada beri penjelasan

    Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang (gambar atas) menafikan dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa polis sudah memberi penjelasan kepada pihaknya sebab 44 pistol dan peralatan lain milik polis hilang.

    Ambrin turut tidak bersetuju dengan kenyataan bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk, Seri Ahmad Shabery Cheek bahawa tiga kumpulan K-pop yang membuat persembahan semasa Hari Belia Sedunia dibayar oleh penaja.

    Ambrin berkata, polis tidak memberi jawapan berhubung kehilangan aset bernilai RM1.3 juta membabitkan 44 senjata api, 29 kenderaan, 26 walkie talkie, 22 radio dan peralatan lain.

    Menteri Dalam Negeri sebelum ini berkata, kementeriannya sudah menghantar laporan kepada Ketua Audit Negara menjelaskan kehilangan tersebut tetapi ia tidak dimasukkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

    “Penjelasan sudah diberikan tetapi ia tidak dilakukan pada masa ia direkodkan dalam laporan. Saya mahu pastikan tiada penyelewengan. Itu yang penting,” kata Ahmad Zahid.

    Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata kehilangan pistol berkemungkinan disebabkan terjatuh ke dalam laut dari bot dan bukan terlepas kepada penjenayah.

    Khalid berkata, setiap pistol mempunyai kod identiti dan setakat ini, polis tidak pernah mendapat laporan senjata yang hilang digunakan dalam jenayah.

    Ambrin ketika mengulas mengenai kenyataan itu berkata, jawapan Khalid itu adalah pandangan peribadinya.

    “Tiada tentang pistol hilang di dalam laut dalam laporan kami dan tiada jawapan daripada polis berhubung isu ini,” kata Ambrin kepada The Malaysian Insider semalam.

    “Kita tidak boleh menolak kemungkinan apabila polis melakukan operasi atau latihan di laut, pistol mungkin jatuh ke dalam laut.

    “Kes kehilangan aset polis adalah disebabkan oleh kecuaian anggota polis seperti tersilap letak atau menyebabkan ianya dicuri selain kelemahan menguruskan aset,” katanya. ~tmi Inilah wajah sebenar pemimpin Umno, tak kira masa tak kira tempat. Bohong sudah sinonim dengan Umno. Bila nak berbohong sudah tidak terfikir lagi, janji dapat jawab dan lepas ketika itu sahaja.

Terbaru, Ketua Audit Negara menafikan dakwaan Menteri KDN kononnya telah memberi penjelasan berkenaan kehilangan 44 pucuk senjata api.

Ketua Audit Negara memaklumkan bahawa tiada penjelasan dari pihak KDN dan Polis. Apa cerita ni? Sudahlah senjata hilang, kini cuba berdolak dalik pulak.

Ikuti penjelasan Ketua Audit Negara..


Aset PDRM hilang: Ketua Audit Negara sangkal polis ada beri penjelasan

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang (gambar atas) menafikan dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa polis sudah memberi penjelasan kepada pihaknya sebab 44 pistol dan peralatan lain milik polis hilang.

Ambrin turut tidak bersetuju dengan kenyataan bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk, Seri Ahmad Shabery Cheek bahawa tiga kumpulan K-pop yang membuat persembahan semasa Hari Belia Sedunia dibayar oleh penaja.

Ambrin berkata, polis tidak memberi jawapan berhubung kehilangan aset bernilai RM1.3 juta membabitkan 44 senjata api, 29 kenderaan, 26 walkie talkie, 22 radio dan peralatan lain.

Menteri Dalam Negeri sebelum ini berkata, kementeriannya sudah menghantar laporan kepada Ketua Audit Negara menjelaskan kehilangan tersebut tetapi ia tidak dimasukkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

“Penjelasan sudah diberikan tetapi ia tidak dilakukan pada masa ia direkodkan dalam laporan. Saya mahu pastikan tiada penyelewengan. Itu yang penting,” kata Ahmad Zahid.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata kehilangan pistol berkemungkinan disebabkan terjatuh ke dalam laut dari bot dan bukan terlepas kepada penjenayah.

Khalid berkata, setiap pistol mempunyai kod identiti dan setakat ini, polis tidak pernah mendapat laporan senjata yang hilang digunakan dalam jenayah.

Ambrin ketika mengulas mengenai kenyataan itu berkata, jawapan Khalid itu adalah pandangan peribadinya.

“Tiada tentang pistol hilang di dalam laut dalam laporan kami dan tiada jawapan daripada polis berhubung isu ini,” kata Ambrin kepada The Malaysian Insider semalam.

“Kita tidak boleh menolak kemungkinan apabila polis melakukan operasi atau latihan di laut, pistol mungkin jatuh ke dalam laut.

“Kes kehilangan aset polis adalah disebabkan oleh kecuaian anggota polis seperti tersilap letak atau menyebabkan ianya dicuri selain kelemahan menguruskan aset,” katanya. ~tmi
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.