Followers

Monday, October 21, 2013

Penganalisis : tiada harapan transformasi dalam Umno By Nazli Ibrahim

 

SHAH ALAM, 20 OKT: Rakyat tidak boleh mengharapkan sebarang perubahan politik lebih matang daripada Umno apabila ketiga-tiga penyandang Naib Presiden parti itu terus mempertahankan kerusinya masing-masing.
Dr-MaszleeKejayaan Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein dalam perebutan enam penjuru itu  membuktikan kegagalan Umno untuk berubah sekaligus menjadikan slogan meremajakan Umno gagal direalisasikan.


Penganalisis politik, Dr Maszlee Malik, berkata ini berlaku apabila muka-muka lama dalam jawatan nombor tiga parti itu dijangka mengekalkan gaya dan pendekatan politik lama masing-masing yang semakin ditolak majoriti rakyat.
“Tiada apa perubahan yang boleh diharapkan bagi sesetengah orang yang mahu melihat perubahan politik dengan kekalnya muka lama, wacana lama, memang tiada apa yang boleh diharapkan dari Umno,” kata Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu kepada TVSelangor.

Zahid yang merupakan Menteri Dalam Negeri sebelum ini dilihat gemar bertindak agresif sehingga melampaui batas dalam cubaan menolak dakwaan pihak pembangkang yang menyentuh isu-isu di bawah kementerian beliau.

Antaranya termasuklah reaksi beliau dalam isu kehilangan senjata api milik Polis Diraja Malaysia (PDRM), isu kejadian tembak menembak antara polis dan penjenayah dan isu ‘samseng kenduri-kendara’.

Sementara itu, Hishamuddin juga dilihat gagal bertindak wajar dalam isu Perhimpunan Aman BERSIH 3.0 ketika beliau menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri sebelum ini.

Manakala bagi kerusi Majlis Tertinggi yang turut menyaksikan majoriti muka lama yang mempunyai kedudukan dalam kabinet juga dilihat semakin menguatkan teori tersebut.

“Mereka mempunyai jawatan dalam kabinet mempunyai akses lebih besar terhadap media, manakala orang baru walaupun membawa agenda perubahan yang positif sukar mendapat liputan, akhirnya ditenggelamkan populariti pemimpin lama ini.

“Dalam soal ini, media juga kena adakan anjakan pradigma, ini terpakai kepada semua parti,” kata Dr Maslee lagi.

Dalam perebutan jawatan Majlis Tertinggi Umno semalam, hampir kesemua pemenang merupakan muka lama dalam Umno termasuk mereka yang menjawat jawatan Menteri dan Timbalan Menteri atau sekurang-kurangnya Ahli Parlimen.


Selangorku

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.