Usap Bahu Cabul Menantu
[HM] Tampin: Seorang pemimpin politik di daerah ini ditahan polis 7
Oktober lalu kerana disyaki mencabul menantunya di sebuah rumah di tanah
rancangan (FELDA) Jelai, Gemas, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, mangsa
berusia 23 tahun baru berkahwin dengan anak suspek tahun lalu dan
tinggal serumah bersama suspek berusia 50-an di tanah rancangan
berkenaan.
Menurutnya ketika kejadian 22 September lalu, mangsa yang berehat di
ruang tamu rumah dihampiri suspek jam 8 pagi yang secara tiba-tiba
mengusap tangan kiri dan bahu mangsa, kononnya untuk melihat kesan lebam
akibat wanita itu terjatuh sehari sebelumnya.
“Mangsa yang terkejut bangun dan menuju ke dapur, tetapi dia diekori
suspek. Lelaki itu kemudian bertindak lebih berani memeluk mangsa dari
belakang dan mencium lehernya beberapa kali.
“Mangsa yang tidak selesa dengan keadaan itu menceritakan kejadian
kepada suami dan mereka berbincang bagi mencari penyelesaian.
“Bagaimanapun, selepas lebih seminggu tiada kata putus diberikan
suaminya, mangsa nekad menghubungi adiknya,” katanya ketika ditemui di
pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin, petang semalam.
Wooi berkata, adik mangsa kemudian datang mengambil mangsa di FELDA
berkenaan 3 Oktober lalu dan selepas berbincang dengan keluarga, laporan
polis dibuat di Ampang, Selangor pada 6 Oktober lalu berhubung kes
cabul itu.
Beliau berkata, suspek ditahan 7 Oktober lalu dan direman selama empat hari.
“Suspek sudah dibebaskan pada 10 Oktober lalu dengan jaminan polis
selepas keterangannya direkodkan. Polis kini menjalankan siasatan kes
ini mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.
Katanya, seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun
atau denda atau sebat atau dua daripadanya jika sabit kesalahan. -
19/10/13
P/s: Suami mendiamkan diri walaupun isteri dicabul oleh bapa sendiri? Dayus!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.