Seorang pegawai bank wanita berusia 37 tahun yang bertugas di Ambank
maut akibat ditembak di kepalanya oleh seorang pengawal keselamatan yang
merompak wang di bilik kebal bank tempat mangsa bekerja di Jalan USJ 2
Sentral petang ini.
Kejadian berlaku pukul 6.18 petang ketika mangsa, Norazita Abu Talib,
37, difahamkan memasuki bilik berkenaan bersama empat lagi pegawai bank
serta suspek untuk menyimpan wang.
![]() |
| Gambar suspek yang berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup |
Menurut Utusan Malaysia, suspek berusia 37 tahun kemudian melarikan diri
dengan motosikal bersama sejumlah wang yang setakat ini belum dapat
dipastikan jumlahnya.
- Posted by Addin Deen



No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.