Jeneral Yakuza Ogawa's photo.
Kenyataan Umno Dan PAS Banyak Persamaan Hanya Untuk Raih Undi
PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Umno dan PAS mempunyai banyak persamaan dari segi asas perjuangan hanya dibuat untuk meraih undi di Sungai Limau.
Beliau berkata, hakikatnya Umno dan PAS tidak sama dan jauh berbeza dan menyifatkan hujah berkenaan sebagai 'tidak kena letak duduknya'.

"Jika
disebut tentang persamaan, bukan sahaja Umno dengan PAS, bahkan Umno dan
komunis pun ada persamaan.
"Komunis di China, mereka
membangunkan China dengan membina pelbagai infrastruktur untuk rakyat.
Jika Umno mendakwa mereka membawa pembangunan untuk rakyat, maka ada
persamaan di antara Umno dengan komunis."Saya tidak kata Umno komunis.
Tetapi cara hujah seorang timbalan perdana menteri itu tidak kena letak duduknya," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebook, Selasa lalu.
Tetapi cara hujah seorang timbalan perdana menteri itu tidak kena letak duduknya," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebook, Selasa lalu.
Beliau mendakwa, berbanding PAS yang membawa Islam syumul, Umno 'mengambil Islam sekerat-sekerat'.Beliau turut mendakwa, Umno juga meninggalkan roh Islam yang sebenar dan hanya melaksanakan Islam yang kosmetik.
"Sekalipun menjerit mendaulatkan bangsa Melayu, tetapi hak Melayu di Kelantan tetap dinafikan.
"Di dalam perundangan,
Islam dijadikan tempelan semata-mata dan bukan didaulatkan dengan cara
yang sepatutnya," katanya, sambil memberi contoh keputusan mahkamah yang
mengekalkan larangan penggunaan kalimah Allah itu tidak terpakai kepada
Sabah dan Sarawak hanya dikeluarkan selepas selesai pemilihan parti.
Dalam pada itu beliau turut mempelawa ahli-ahli Umno mengundi PAS dengan mengambil kira pandangan pemimpin mereka bahawa kedua-dua parti itu mempunyai persamaan.
Dalam pada itu beliau turut mempelawa ahli-ahli Umno mengundi PAS dengan mengambil kira pandangan pemimpin mereka bahawa kedua-dua parti itu mempunyai persamaan.
"Ahli dan penyokong PAS tiada pilihan kecuali
mengundi PAS kerana pandangan pemimpin PAS yang bertegas bahawa
kedua-duanya (parti) tidak sama," katanya.
Beliau turut menyentuh mengenai pemilihan Umno yang baharu berlangsung dan mengucapkan tahniah kepada mereka yang menang.
Beliau turut menyentuh mengenai pemilihan Umno yang baharu berlangsung dan mengucapkan tahniah kepada mereka yang menang.
"Tahniah kepada
pemimpin-pemimpin Umno yang menang di pemilihan Umno baru-baru
ini.
"Melihat kepada senarai kepimpinan Umno yang baru, pada saya ia
hanyalah kereta lama yang diketahui bermasalah yang masih terus dipandu
oleh pemandu yang lama yang juga bermasalah," katanya.
Pada Isnin, timbalan perdana menteri berkata Umno dan PAS adalah parti yang mendukung Islam dan berusaha membangunkan ummah dalam pelbagai bidang untuk kemajuan bersama.
Pada Isnin, timbalan perdana menteri berkata Umno dan PAS adalah parti yang mendukung Islam dan berusaha membangunkan ummah dalam pelbagai bidang untuk kemajuan bersama.
Justeru, katanya, pengundi boleh memilih sesiapa
sahaja dalam pilihan raya tetapi BN menawarkan pelbagai kelebihan
berbanding PAS, terutama di Sungai Limau.
Ulasan mantap dari tokguru nik aziz!!! Muhyiddin boleh jalan daaaa...!!! penipu!!! Kah..kah..kah
-admin pages-
Ulasan mantap dari tokguru nik aziz!!! Muhyiddin boleh jalan daaaa...!!! penipu!!! Kah..kah..kah
-admin pages-
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.