Followers

Thursday, October 3, 2013

Laporan Audit : Khazanah Tidak Di Simpan Dengan Baik, 'Lukisan RM3.05 Juta'


Lukisan yang dibeli tidak disimpan dengan teratur.Ketua Audit Negara menegur Khazanah Nasional Berhad kerana gagal menguruskan dengan baik 55 buah lukisan bernilai RM3.05 juta yang dibeli oleh badan itu sesetengahnya ia miliki sejak lapan tahun lalu.

Lukisan berkenaan disimpan dalam bilik tanpa kaedah penyimpanan yang sesuai.

Semakan audit yang dijalankan terhadap senarai koleksi KNB Artwork setakat 15 Februari 2013 dan ke atas Asset Inventory Listing setakat 31 Disember 2012 mendapati Khazanah mempunyai 93 lukisan bernilai RM6.4 juta.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 55 lukisan bernilai RM3.05 juta tidak dipamerkan dan tidak simpan dengan teratur," kata laporan itu.

Dalam maklum balasnya, Khazanah memberitahu bahawa semua lukisan berkenaan akan diletakkan dalam sebuah ruang penyimpanan khas dengan lebih teratur dan kerja ubah suai ruang berkenaan dijadual siap pada September 2013.

Khazanah juga memaklumkan ia dalam perancangan untuk meletakkan lukisan berkenaan antaranya di pejabat barunya di luar negara.

Khazanah kini mempunyai tiga pejabat di luar negara iaitu di Beijing, Mumbai dan San Francisco yang dibuka pada minggu lalu. Ia akan membuka pejabatnya yang keempat di Istanbul bulan depan.

Dalam laporannya, Ketua Audit Negara mencadangkan kepada Khazanah supaya memastikan semua aset yang dibeli oleh syarikat itu digunakan seperti mana justifikasi perolehannya.

"Bagi aset yang belum digunakan hendaklah disimpan dengan sejawarnya bagi memastikan nilai dan kualiti aset terpelihara," kata laporan itu.

Ia juga menasihatkan Khazanah untuk mendapatkan pandangan daripada Balai Seni Visual Negara mengenai kaedah penyimpanan lukisan yang bersesuaian.

astro awani

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.