Sistem pemilihan 'satu bahagian satu undi' yang dipraktikkan dalam
Pemilihan Umno 2013 tidak menzahirkan kehendak majoriti ahli akar umbi
parti itu.
Penganalisa politik, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar berkata melalui sistem
seperti itu, pemimpin yang menang perebutan jawatan tidak semestinya
menang dari segi undi popular.
Ini berbeza dengan sistem pemilihan “satu ahli satu undi” yang diamalkan PKR dan memberi kuasa kepada setiap ahli untuk memilih pemimpin mereka hingga ke peringkat tertinggi.
“Saya tak begitu pasti sejauh mana sistem ini mampu memberi kesan transformasi pemilihan.
“Cuma yang digembar-gemburkan kononnya suatu suasana yang lebih
demokratik sudah menjalar dalam kepimpinan dan pemilihan Umno tetapi
apakah perasaan peringkat yang berbagai itu benar-benar dapat disalurkan
dari segi pemilihan akhir, itu sukar untuk disukat,” kata pensyarah
Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya (UM) itu.
Sebelum ini penulis Blog terkenal pro Umno, Syed Akhbar Ali menganggap
kemenangan yang diraih Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Ketua
Wanita Umno dan Khary Jamaluddin Abu Bakar sebagai Ketua Pemuda Umno
bukan kemenangan mutlak kerana undi yang dibuang ahli-ahli Umno akhirnya
dianggap satu undi sahaja di peringkat bahagian.
Selain itu beliau turut mempersoalkan ketelusan jawatankuasa Pemilihan
Umno yang beliau dakwa merahsiakan jumlah undi popular seolah-olah cuba
menyembunyikan sesuatu.
Selain sistem pemilihan yang bercelaru, suasana pemilihan kali ini
didakwa dicemari kewujudan pengundi hantu, kertas undi tidak cukup,
jumlah undi melebihi perwakilan, insiden melempar mikrofon, kertas undi
mengelirukan dan lain-lain. ~hrkh
_141013_TMIAFIF_005_540_336_100.jpg)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.