Followers

Thursday, October 17, 2013

JIKA NAJIB BERANI, mainkan peranan dalam isu Zahid - Oleh Kim Quek

 
Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi begitu angkuh ketika menyampaikan ucapan yang berbaur hasutan YANG mungkin akan menjejaskan keharmonian dan prinsip asas undang-undang yang bakal akan mengeruhkan lagi imej kerajaan Barisan Nasional yang sudah sedia tercalar.

Dia menyokong tindakan menembak mereka yang disyaki penjenayah dalam satu ucapan yang penuh dengan sentimen perkauman yang boleh mencetuskan permusuhan kaum, dengan melagakan orang Melayu dengan kaum Cina dan India di Malaysia. Ucapan yang direkodkan itu telah dimuat naik dalam laman web Malaysiakini pada 7 Okt.

Dalam sesi taklimat keselamatan untuk pemimpin-pemimpin masyarakat yang ternyata telah bertukar menjadi kempen pemilihan parti Umno untuk memperkenalkan calon-calon di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh pada 5 Okt. Zahid berkata daripada 40,000 ahli-ahli kumpulan yang dikenal pasti, 28,000 daripadanya adalah India dan dia menambah tidak salah jika mereka ditangkap. Dia kemudian bertanya:

"Apakah nasib mangsa rompakan, mangsa pembunuhan semasa tembakan? Kebanyakan mereka adalah orang Melayu kita. Kebanyakan mereka adalah bangsa kita. Saya fikir cara yang terbaik adalah kita tidak perlu lagi berkompromi dengan mereka. Tidak ada keperluan untuk memberi sebarang amaran. Jika kita dapat bukti, kita tembak dulu. "

POLISI TEMBAK MATI

Ini adalah jelas membuktikan bahawa dasar "tembak suspek tanpa amaran" (mereka hanya dikenali sebagai suspek kecuali telah disabitkan kesalahan) berkemungkin telah wujud untuk beberapa ketika, dan juga menjelaskan kenapa begitu banyak tembakan maut yang mencurigakan dilakukan oleh pihak polis, khususnya, yang ketika memburu lima yang disyaki samseng India di sebuah apartmen di Pulau Pinang pada bulan Ogos.

Tembak untuk tujuan membunuh orang yang disyaki tanpa amaran adalah pembunuhan di bawah undang-undang Malaysia dan melanggar undang-undang antarabangsa dibawah perhatian PBB.
Oleh itu, YAB Zahid perlu jelaskan mengapa dia tidak perlu disiasat kerana bersubahat dalam pembunuhan itu.

Apa yang membimbangkan juga adalah sifat kejam Zahid yang cuba menghasut supaya berlaku permusuhan kaum untuk mendapatkan sokongan popular bagi mereka yang menyokong perkauman.

MENAIKKAN SEMANGAT PERKAUMAN

Dalam ucapan yang sama, Zahid berkata daripada 14,511 yang dikenal pasti sebagai ahli kongsi gelap , 6,171 adalah Melayu, 1,701 Cina, 3,685 India dan 2,954 dari kaum lain. Dia berkata:

" 6,171 orang Melayu ini bukanlah samseng sebenar, mereka adalah ahli-ahli Pekida dan merupakan sebahagian daripada kumpulan Line Tiga , Geng 30 , Geng 7 – ini adalah samseng kenduri - kendara.... Saya beritahu rakan-rakan Tiga Line kami, lakukan apa yang kamu perlu dilakukan. "

Zahid kemudiannya merujuk kepadaTiga Line sambil berkata:

"Kami tak jahat ,saya tahu , saya dah periksa. Kami berkumpul masa perayaan dengan adik kakak, kami berkumpul kalau ada projek-projek, tak apa. Lihat di sini, keempat-empat calon-calon ini adalah orang Tiga Line. "

Kenyataan-kenyataan ini penuh dengan pembohongan, prasangka perkauman dan menyokong perbuatan jenayah.

Mula-mula sekali, untuk menyatakan kesemua 6,171 ahli-ahli kongsi gelap Melayu yang dikenal pasti dari Tiga Line, Gang Gang 7 dan 30 merupakan orang-orang baik adalah sama seperti mengatakan bahawa semua samseng Melayu tidak bersalah tetapi samseng kaum lain pula tetap penjenayah. Adakah ini kerana Tiga Line, Geng Geng 7 dan 30 merupakan tiga kongsi gelap kaum Melayu yang berada dalam senarai 29 kongsi gelap yang diharamkan di Semenanjung yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri pada 29 Ogos.

Selain tuntutan itu berkemungkinan besar palsu, kenyataan bahawa aktiviti kumpulan ini adalah ‘halal’ juga bercanggah dengan kenyataan Kementerian Dalam Negeri pada 29 Ogos yang menyatakan mereka sebagai melakukan aktiviti pengedaran dadah, memeras ugut untuk wang perlindungan dan merampas kereta.

Seolah-olah kenyataan-kenyataan palsu untuk memainkan sentimen perkauman Melayu belum mencukupi, Zahid menggambarkan dunia jenayah Malaysia adalah dimana orang Melayu sering menjadi mangsa manakala orang Cina pula sebagai samseng. Ini merupakan lagi satu lagi kenyataan yang tidak adil dan palsu. Apa yang betul adalah: jenayah kongsi gelap adalah jenayah merentasi kaum.

PENGLIBATAN MUNGKIN UMNO DALAM TIGA KUMPULAN SAMSENG

Selain daripada usaha jahat seperti menghasut kaum suapaya membenci dengan pembohongan, Zahid juga membuat pengakuan bahawa dirinya serta rakan-rakan lain termasuk empat calon majlis tertinggi Umno dalam pemilihan parti iaitu, Shahidan Kassim, Abdul Azeez Abdul Rahim, Shamsul Anuar Nasarah dan Nur Jazlan Mohamed, adalah sebahagian daripada kumpulan Line Tiga yang diharamkan itu.

Menyedari bahawa ucapannya yang tidak bertapis mendedahkan perbuatan jenayah dahsyat yang boleh menyabitkan dirinya, Zahid kemudian meminta wartawan untuk meninggalkan dewan, dan mengarahkan mereka untuk tidak menyiarkan ucapannya sambil mengancam untuk menutup akhbar mereka jika berbuat demikian.

Setelah diketahui bahawa dengan nyata perbuatan melanggar undang-undang telah dilakukan oleh bukan sahaja Menteri Dalam Negeri, Zahid dan kementeriannya, tetapi pihak polis, badan yang bebas menaungi Kementerian Dalam Negeri dan polis seperti sebuah suruhanjaya siasatan diraja perlu ditubuhkan dengan segera untuk menyiasat dan menentukan kebenaran dan tahap kesalahan yang telah dilakukan dengan tujuan pendakwaan:

1. Berkemungkinan berlakunya pembunuhan dan subahat apabila ada dasar "Tembak suspek tanpa amaran" yang disebut oleh Zahid, yang melibatkan Menteri Dalam Negeri, Kementerian Dalam Negeri dan polis.

2. Pelanggaran Akta Hasutan 1948 apabila Zahid telah menghasut kebencian dan permusuhan antara kaum dengan perkara yang salah (yang disebut di dalam Seksyen 3, Fasal 1 (e) Akta tersebut).

3. Kemungkinan berlakunya penglibatan dalam unser jenayah oleh Zahid Hamidi, Shahidan Kassim , Abdul Azeez Abdul Rahim, Shamsul Anuar Nasarah dan Nur Jazlan Mohamed dalam kumpulan Line Tiga yang diharamkan itu.

4. Penyalahgunaan kuasa oleh Zahid dalam menyalahgunakan sumber kerajaan apabila dia menjadikan taklimat kerajaan sebagai medan berkempen untuk pemilihan parti.

5. Ugutan Zahid terhadap wartawan supaya tidak menyiarkan ucapannya dengan mengancam untuk menutup akhbar mereka jika melakukan sebaliknya.

PM NAJIB MESTI TUNJUKKAN KEPIMPINAN

Sikap sombong Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi dengan meremeh-remehkan Perlembagaan dan undang-undang, setelah kelulusan segera pindaan Akta Pencegahan Jenayah di Parlimen baru-baru ini membayangkan masa hadapan yang gelap akan menimpa kedaulatan undang-undang di negara ini.

Inilah masanya untuk Perdana Menteri Najib Razak untuk bersuara, kerana selama ini dia sering membisu atas isu-isu kontroversi, dan mesti mengambil pendirian jelas bawa dia tidak akan bertolak ansur dengan menteri yang bersikap seperti Zahid.

Kegagalannya untuk berbuat demikian di atas kelakuan biadap Zahid, ketika negara sedang bergelut dalam krisis kepimpinan politik yang huru-hara dan tiada hala tuju untuk beberapa ketika, hanya akan menjunamkan negara ke dalam krisis keyakinan dan akan mengakibatkan kemusnahan yang tidak boleh diperbaiki lagi terhadap kepimpinan Perdana Menteri.

Kim Quek merupakan penulis buku yang diharamkan ‘The March to Putrajaya’
[Terjemahan oleh Huzainah A Rani, Malaysia Chronicle)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.