Followers

Thursday, October 24, 2013

Jangan 'mengUMNO-kan' Malaysia - Nurul gesa Najib - Oleh Malaysia Chronicle

Photo: Jangan 'mengUMNO-kan' Malaysia - Nurul gesa Najib

Oleh Malaysia Chronicle
 

VIDEO DISERTAKAN KUALA LUMPUR - Sekarang, setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan orang-orangnya berjaya menawan jawatan penting dalam pemilihan parti Umno, mereka mesti menghentikan permainan politik yang berunsurkan retorik perkauman yang sengaja dicipta yang telah menjadi rekahan yang mendalam dan bakal menjahanamkan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia, ahli politik pembangkang Nurul Izzah, memberi amaran .

"Apa yang penting, agenda Umno tidak seharusnya menjejaskan agenda negara yang sepatutnya lebih bersifat inklusif. Bila bercakap tentang masa depan Malaysia, apa yang terbaik untuk Malaysia perlu menentukan hala tuju masa depan," Nurul, wakil yang dipilih bagi parlimen Lembah Pantai , memberitahu Malaysia Chronicle.

Malah, pemilihan Umno telah dicemari oleh isu perkauman dan pembulian etnik yang paling dasyat belum pernah disaksikan sebelum ini, dimana ramai antara pengkritik telah menuduh pemimpin-pemimpin Umno sebagai sengaja menimbulkan kekacauan terhadap kaum minoriti bukan Melayu di negara ini.

Matlamat mereka nampaknya seperti hanya untuk meraih sokongan luar biasa daripada ahli-ahli Umno bagi membolehkan mereka merangkul jawatan berpengaruh dalam pemilihan parti itu.

Pertelingkahan antara kaum dan agama menjadi buah mulut di M'sia

Walaupun pengundian berakhir pada hari Sabtu, perang mulut masih berterusan, dengan pertikaian hebat di atas pengharaman orang Kristian untuk menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada Tuhan yang nampaknya sudah semakin meruncing.

Pagi tadi, Menteri Pelancongan Nazri Aziz, yang diketahui sangat akrab dengan Najib , mengeruhkan lagi keadaan apabila menarik balik lampu hijau yang diberikan hanya sehari yang lalu oleh rakan Kabinetnya Joseph Kurup yang mengatakan umat Kristian di Malaysia Timur dan Barat boleh menggunakan kalimah Allah.

Nurul menggesa Najib untuk memainkan peranan sebagai pemimpin. Beliau menyalahkan kekurangan pemimpin yang "berkualiti" dalam kerajaan di atas kebuntuan politik, sosial dan ekonomi di Malaysia.

Dia juga menggesa agar Najib tidak menggunakan kuasanya untuk menyokong "pemenang dalam Umno" yang berada dalam kabinetnya kerana khuatir mereka akan membebankan negara. Walaupun Nurul tidak menyebut nama mereka, jelas bahawa beliau merujuk kepada Ketua Wanita, Umno Shahrizat Jalil dan Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin.

Kedua-dua Shahrizat dan Khairy telah dicemari dengan skandal rasuah, tetapi dalam Umno mereka dianggap sebagai wirawati dan wira kerana telah mendapat kemenangan besar dalam persaingan keatas pencabar mereka.

"Saya mengucapkan tahniah kepada pemenang tetapi penting bagi pemenang dalam Umno untuk tidak menjadi jaguh dalam Kabinet. Saya mahukan menteri-menteri yang berkebolehan, bukan menteri yang tunduk sahaja kepada Perdana Menteri. Saya berharap Perdana Menteri memahami perkara ini . 

Ramai rakyat Malaysia mahu kepimpinan yang berkualiti, dan bukan yang hanya pedulikan apa yang berlaku dan hasil yang boleh diraih melalui Umno. 

Kita telah melalui tempoh itu, mereka telah menjadikan pemilihan dalam parti sebagai tumpuan dan agenda nasional . Bolehkah kita beri tumpuan kepada masalah-masalah semasa yang kita hadapi sebagai rakyat Malaysia sekarang? 

Antaranya adalah kadar jenayah yang semakin meningkat, pasukan polis yang tidak efektif, dituduh sebagai tidak profesional, keadaan jurang politik yang sangat ketara," tambah Nurul, yang juga naib presiden pada Parti Keadilan Rakyat atau PKR.

"Tidak banyak usaha yang dilakukan untuk memupuk perpaduan negara. Mereka bercakap tentang undang-undang, ramai menteri yang rasuah dan pegawai terlepas hukuman kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hanya memberi alasan demi alasan. Jadi , sudah tiba masanya untuk Perdana Menteri melihat dengan teliti pelaksanaan SPRM supaya mereka dapat meningkatkan standard mereka , bersifat adil dan memberikan keadilan, memberikan peluang yang sama serta layanan yang sama rata kepada semua - Saya fikir prinsip-prinsip asas perlu digariskan dan diikuti. Berhentilah dari mempolitikkan segala-galanya atau mengUmnokan segala-galanya."

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com. KUALA LUMPUR - Sekarang, setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan orang-orangnya berjaya menawan jawatan penting dalam pemilihan parti Umno, mereka mesti menghentikan permainan politik yang berunsurkan retorik perkauman yang sengaja dicipta yang telah menjadi rekahan yang mendalam dan bakal menjahanamkan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia, ahli politik pembangkang Nurul Izzah, memberi amaran .

"Apa yang penting, agenda Umno tidak seharusnya menjejaskan agenda negara yang sepatutnya lebih bersifat inklusif. Bila bercakap tentang masa depan Malaysia, apa yang terbaik untuk Malaysia perlu menentukan hala tuju masa depan," Nurul, wakil yang dipilih bagi parlimen Lembah Pantai , memberitahu Malaysia Chronicle.

Malah, pemilihan Umno telah dicemari oleh isu perkauman dan pembulian etnik yang paling dasyat belum pernah disaksikan sebelum ini, dimana ramai antara pengkritik telah menuduh pemimpin-pemimpin Umno sebagai sengaja menimbulkan kekacauan terhadap kaum minoriti bukan Melayu di negara ini.

Matlamat mereka nampaknya seperti hanya untuk meraih sokongan luar biasa daripada ahli-ahli Umno bagi membolehkan mereka merangkul jawatan berpengaruh dalam pemilihan parti itu.

Pertelingkahan antara kaum dan agama menjadi buah mulut di M'sia

Walaupun pengundian berakhir pada hari Sabtu, perang mulut masih berterusan, dengan pertikaian hebat di atas pengharaman orang Kristian untuk menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada Tuhan yang nampaknya sudah semakin meruncing.

Pagi tadi, Menteri Pelancongan Nazri Aziz, yang diketahui sangat akrab dengan Najib , mengeruhkan lagi keadaan apabila menarik balik lampu hijau yang diberikan hanya sehari yang lalu oleh rakan Kabinetnya Joseph Kurup yang mengatakan umat Kristian di Malaysia Timur dan Barat boleh menggunakan kalimah Allah.

Nurul menggesa Najib untuk memainkan peranan sebagai pemimpin. Beliau menyalahkan kekurangan pemimpin yang "berkualiti" dalam kerajaan di atas kebuntuan politik, sosial dan ekonomi di Malaysia.

Dia juga menggesa agar Najib tidak menggunakan kuasanya untuk menyokong "pemenang dalam Umno" yang berada dalam kabinetnya kerana khuatir mereka akan membebankan negara. Walaupun Nurul tidak menyebut nama mereka, jelas bahawa beliau merujuk kepada Ketua Wanita, Umno Shahrizat Jalil dan Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin.

Kedua-dua Shahrizat dan Khairy telah dicemari dengan skandal rasuah, tetapi dalam Umno mereka dianggap sebagai wirawati dan wira kerana telah mendapat kemenangan besar dalam persaingan keatas pencabar mereka.

"Saya mengucapkan tahniah kepada pemenang tetapi penting bagi pemenang dalam Umno untuk tidak menjadi jaguh dalam Kabinet. Saya mahukan menteri-menteri yang berkebolehan, bukan menteri yang tunduk sahaja kepada Perdana Menteri. Saya berharap Perdana Menteri memahami perkara ini .

Ramai rakyat Malaysia mahu kepimpinan yang berkualiti, dan bukan yang hanya pedulikan apa yang berlaku dan hasil yang boleh diraih melalui Umno.

Kita telah melalui tempoh itu, mereka telah menjadikan pemilihan dalam parti sebagai tumpuan dan agenda nasional . Bolehkah kita beri tumpuan kepada masalah-masalah semasa yang kita hadapi sebagai rakyat Malaysia sekarang? 


Antaranya adalah kadar jenayah yang semakin meningkat, pasukan polis yang tidak efektif, dituduh sebagai tidak profesional, keadaan jurang politik yang sangat ketara," tambah Nurul, yang juga naib presiden pada Parti Keadilan Rakyat atau PKR.

"Tidak banyak usaha yang dilakukan untuk memupuk perpaduan negara. Mereka bercakap tentang undang-undang, ramai menteri yang rasuah dan pegawai terlepas hukuman kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hanya memberi alasan demi alasan. 
 
Jadi , sudah tiba masanya untuk Perdana Menteri melihat dengan teliti pelaksanaan SPRM supaya mereka dapat meningkatkan standard mereka , bersifat adil dan memberikan keadilan, memberikan peluang yang sama serta layanan yang sama rata kepada semua - 
 
Saya fikir prinsip-prinsip asas perlu digariskan dan diikuti. Berhentilah dari mempolitikkan segala-galanya atau mengUmnokan segala-galanya."

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.