Followers

Friday, October 11, 2013

Heboh mamak kilang roti, uli tepung guna kaki ??

Photo: Heboh mamak kilang roti, uli tepung guna kaki ??

Hari ini meletup berita penutupan sebuah kilang roti benggali di Bayan Baru Pulau Pinang yang diarahkan tutup. 

Sepasukan penguatkuasa Jabatan Kesihatan Pulau Pinang membuat pemeriksaan mengejut pada kilang roti benggali itu dan ketika masuk melihat pekerjanya sedang asyik uli tepung.

Melihat pekerja kilang roti uli tepung adalah satu perkara biasa. Tetapi jika tepung diletakkan atas lantai simen tanpa dilapik ditambah dengan kerja menguli menggunakan kaki, itu bukanlah satu perkara biasa.

Bayangkan keadaan jari kaki yang hitam kukunya dan tapak kaki yang merekah di baluti kulit kering sedang asyik memijak tepung untuk melakukan kerja-kerja menguli. Bayangkan juga pekerja yang menguli itu pula hanya memaki kain pelikat ketika melakukan kerja tersebut.

    "Jika anda geli, belajar buat roti sendiri dari sini!!!"

Peluh, bulu dan berbagai benda geli lagi berkemungkinan akan jatuh pada tepung yang diuli dan kemudiannya tepung itulah yang akan dimasukkan dalam acun roti untuk dibakar menjadi roti benggali. 

Patut lah rasa sedap roti benggali walaupun dia juga dikenali sebagai roti tawar, tapi rasanya ada sedikit masin dan sedap jika dicicah dengan kopi.

Kisah uli tepun dengan kaki ini dah lama saya dengar daripada kawan-kawan. Kononnya kedai mamak yang menjual roti canai dengan banyak terpaksa menguli tepung mereka dengan kaki. 

Bukan senang nak uli tepung roti canai dengan tangan jika tepung yang diuli berpuluh-puluh kilo banyaknya.

Tak payah beli roti mamak, buat roti sendiri

Saya hanya mendengarnya da tidak ambil kisah kerana tak pernah lihat sendiri kejadian uli tepung dengan kaki. Tapi kali ini terbukti mamak ada yang amalkan perbuatan tak bersih sebegitu untuk berniaga. 

Tapi bukannya di kedai restoran mamak, sebaliknya di kedai roti benggali.

Mungkin sikap kedekut mamak untuk mengeluarkan duit membeli peralatan mesin bagi menguli tepung adalah salah satu punca terjadinya aktiviti uli tepung dengan kaki. Agak pelik dalam dunia serba moden dengan teknologi canggih sekarang ada lagi mereka yang nak susahkan diri sendiri.

Apa yang diserbu di Pulau Pinang itu hanyalah di kilang roti di Bayan Baru, bagaimana dengan kilang-kilang roti lain yang ada di seluruh Pulau Pinang seperti di Bukit Mertajam berdepan dengan Hospital. Itu kilang roti kegemaran saya.

Pernah sekali saya masuk ke dalam kilang roti itu dan minta kebenaran untuk ambil gambar bagai mana mereka buat roti benggali. Mereka izinkan dan amat bekerja sama dengan saya tanpa ada sedikitpun rasa curiga.

Persekitarannya saya nampak bersih. Tapi saya tak dapat melihat proses uli tepung dilakukan ketika itu. hanya melihat proses membakar roti sahaja. Mungkin selepas ini boleh pergi sekali lagi dan minta kebenaran ambil gambar mereka uli tepung pula.

Apa yang boleh kita pelajari dari sini adalah jika kita mahukan kualiti makanan yang baik, pastikan premis memproses makanan tersebut dilengkapi dengan mesin dan peralatan yang baik dan moden. Jika pembuatannya masih lagi kuno, dan pengeluarannya pula banyak sangat, munkin kita kena pergi turun semak terlebih dulu bagaimana mereka atasi operasi pengeluaran yang tinggi tersebut. 

Warta Shubhi
 
No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.