DAP mahu dakwaan penyelewengan dana awam membabitkan kos penganjuran
Hari Belia Negara seperti yang didedahkan Laporan Ketua Audit Negara
2012 disiasat dan diambil tindakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM).
Sehubungan itu, Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong
hari ini membuat laporan kepada SPRM mengenai isu perbelanjaan yang
menimbulkan banyak tanda tanya itu.
Beliau yang juga Pengarah Pendidikan Politik Pemuda DAP berkata,
penekanan bukan sahaja kepada jumlah RM1.6 juta kos membawa artis K-Pop
sahaja, malah kos keseluruhan yang terlampau tinggi yang disyaki berlaku
penyelewengan.
Khairy Jamaluddin |
“Saya percaya Khairy Jamaluddin tidak bersalah tapi beliau menghadapi
kesulitan mengambil tindakan terhadap ahli parti sendiri,” ujar beliau
dalam kenyataannya mengulas tindak balas Menteri Belia dan Sukan, Khairy
Jamaluddin Abu Bakar yang enggan menjawab pertanyaan berulang beliau
mengenai kos terbabit.
Menurut Steven, diam diri Khairy Jamaluddin merupakan satu petunjuk
senyap untuk merelakan pihak lain mengambil tindakan selanjutnya.
“Justeru kami membantu Khairy Jamaluddin menyelesaikan masalah dalaman
yang beliau warisi daripada mantan Menteri Belia dan Sukan dengan
membuat laporan SPRM,” ujar beliau lagi yang turut disertai Ketua DAPSY
Bukit Bendera, Haris Zuan dan beberapa ahli muda DAP.
Menurut beliau lagi, berdasarkan kronologi pendedahan berkaitan
penganjuran Hari Belia Negara yang berlangsung pada akhir Mei tahun
lalu; kos keseluruhan HBN 2012 yang diketahui setakat ini ialah RM67.61
juta, iaitu purata RM13.52 juta untuk sehari program.
Menyifatkan kos itu sebagai melampau, Steven turut memberitahu bahawa
Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang mendapati terdapat perbelanjaan HBN
2012 yang dibuat secara tidak berhemat (Aktiviti Kementerian/Jabatan
dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan Siri 2, Jadual 16.14, muka
surat 376).
Wujud juga kenyataan bercanggah antara tiga pihak iaitu Laporan Ketua
Audit Negara 2012, Khairy Jamaluddin dan Ahmad Shabery Cheek tentang kos
artis K-Pop sebanyak RM1.6 juta sama ada ditaja swasta atau dibayar
kerajaan.
Ahmad Shabery |
SPRM digesa membuat siasatan tanpa was-was termasuk ke atas Ahmad
Shabery untuk memastikan tiada unsur rasuah atau penyelewengan dalam
penganjuran Hari Belia Negara 2012.
Haris Zuan yang juga Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Bukit
Bendera pula mengatakan bahawa SPRM patut memain peranan yang pro-aktif
dalam menyiasat duit rakyat yang dibazirkan.
“Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun mendedah pembaziran duit rakyat
tetapi tiada sesiapa pun dibawa ke makhamah. Kerajaan perlu
bertanggungjawab terhadap perbelanjaan duit rakyat,” katanya.- Roketkini
Kerajaan Rakyat
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.