Followers

Thursday, October 24, 2013

Fenomena Pelik Berlaku Dalam Pemilihan Umno - Posted by Addin Deen

Ada suatu perkara menarik dalam proses pengundian parti Umno Sabah yang baru selesai. Jika kebiasaaanya kita mendengar kejadian undi hantu atau penambahan kertas undi, dalam pemilihan Umno baru-baru ini dikatakan ada “kertas undi lesap”.

Ini dilaporkan oleh beberapa bekas calon dari beberapa bahagian parti itu yang mendakwa kejadian “kertas undi lesap” itu telah menggagalkan mereka daripada terpilih sebagai ahli jawatankuasa bahagian.

Seorang bekas calon dalam pemilihan bahagian Umno yang hanya mahu dikenali sebagai Amat memberitahu FMT, nampaknya memang ada pihak yang “pakar” membuat perkara tersebut bagi meminda keputusan para perwakilan.

“Buat masa ini hal ini belum ketara tetapi jika tidak dibendung dari sekarang, saya rasa ia akan berlarutan dan akan cuba dibuat orang lagi pada pemilihan Umno yang akan datang.

“Jangan kita hairan, kertas undi hilang akan berlaku dalam pilihanraya umum juga. Jadi daripada menambah kertas undi, apa yang berlaku ialah kertas undi hilang bagi calon tertentu,” katanya sambil menambah ia boleh dilakukan ketika pengiraan undi dalam keadaan huru-hara.

Seorang bekas calon yang lain pula mendakwa tempatnya berlaku kejadian lampu ditutup sekejap dan selepas itu disyaki ada kertas undi calon tertentu telah “dihilangkan” dan gagal ditemui.

Seorang lagi perwakilan yang lain mendakwa lampu di tempat pengiraan undi bahagian Kota Belud terpadam selama 30 minit ketika pengiraan undi dijalankan.

Difahamkan maklumat ini telah disampaikan kepada pengetahuan jawatankuasa pemilihan Umno, bagaimanapun setakat ini hanya pemilihan wanita Kalabakan di Tawau yang diarahkan membuat pengundian semula pada hujung bulan ini.

Arahan itu berikutan komplen bekas ketua wanita bahagian berkenaan, Datuk Hamisa Samat, bahawa jumlah kertas undi jauh melebihi jumlah perwakilan yang berdaftar sedangkan sudah ramai perwakilan meninggalkan tempat persidangan baru-baru ini.Hamisa gagal mempertahankan jawatannya dalam pemilihan itu. ~fmt

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.