Najib terlepas pandang bil elektrik di rumahnya mencecah RM250 sejam atau lebih RM2 juta setahun ..
Dia tak tau ke, ada yang terpaksa bergelap seperdua malam
Dia tak tau ke ada yang kepanasan di siang hari
Gara-gara nak dapat pengecualian bil elektrik jika tidak melebihi RM20 sebulan.
Perdana Menteri yang kita sayang ni mewah sangat dengan elektrik .. dalam jamban pun letak lampu lip lap agaknya ..? Tak mungkin kot ..Mungkin ini fantasi nakal merungkai mengapa bil elektrik rumah PM tinggi sangat ..!
{lagi klik butang papar ye bang ..}
Bila Najib kata kita kena bersederhana, berjimat cermat, berkorban untuk Negara ..
Ahli Parlimen Seremban-DAP, Anthony Loke hari ini mendakwa kediaman rasmi perdana menteri telah membelanjakan RM250 untuk bil elektrik dalam tempoh satu jam.
Beliau berkata demikian merujuk kepada jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyatakan kos perbelanjaan bil elektrik dan air sepanjang tahun 2012 adalah sebanyak RM 2.2 juta dan RM300,000.
Episod 2:
Apabila Najib kata hendak ringankan beban rakyat terutama macai begelar melayu UMNO ..
dia bubuh harga petrol naik dua kupang, dia naik harga rokok dan dia naik harga gula ..
Dia kata nak ringankan beban rakyat .. tapi senyap-senyap dia kayakan krooni dia. Dia kuatkan perkataan 'diabetes' tapi dia tutup angka krooni dapat ..
Syarikat taikun gula termasuk Central Sugar yang dimiliki jutawan Syed Mokhtar Al-Bukhary, boleh mencapai keuntungan hampir RM1bilion ekoran penghapusan subsidi gula dalam Bajet 2014 yang diumumkan Jumaat lalu, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.Kita lama dah duk bangkang ..
Anwar yang juga bekas menteri kewangan berkata ekoran penghapusan subsidi itu juga, industri gula itu akan dimonopoli satu lagi syarikat, Malaysian Sugar Manufacturing, yang dimiliki Felda Golbal Ventures.
NONEMembahaskan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini, Anwar berkata pendapatan kasar industri gula sekitar RM4 bilion setahun dan pada kebiasaannya keuntungan sebelum cukai syarikat gula adalah sekitar sembilan peratus.
"Setelah kemasukan syarikat dimiliki Tan Sri Mokhtar ke dalam sektor ini, keuntungan sebelum cukai telah melonjak naik kepada 15 peratus.
"Dengan penghapusan subsidi, keuntungan sebelum cukai syarikat-syarikat di dalam sektor ini, dijangka melonjak ke 20 hingga 25 peratus, dengan pengumpulan keuntungan hampir RM1 bilion, akibat pengukuhan monopoli oleh kedua syarikat ini," katanya.
Sehubungan itu, Anwar mempersoalkan mengapa syarikat korporat mendapat keuntungan berganda akibat penghapusan subsidi gula, sedangkan rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barang makanan itu
Macai kata hidupn UMNO, hidup melayu, hidup lembu ..!
Pen Buruk Online
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.