Dalam keriuhan penamaan calon PRK Dun Sg. Limau, pemimpin PKR Azmin Ali
sempat bertemu Muhriz Mahathir. Dalam pertemuan tersebut Azmin Ali
sempat menyindir Muhriz Mahathir berkenaan pemilihan agung Umno yang
menyaksikan Mukhriz Mahathir kalah tipis dengan penyandang Hishamuddin
Hussein.
Ikuti petikan artikel dari Malaysiakini berkenaan sindiran tersebut..
Azmin yang kemudian menemui Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir sempat mengusik Mukhriz berkenaan keputusan pemilihan naib presiden Umno yang lalu.Mukhriz memperolehi jumlah undi popular yang lebih tinggi berbanding Hishammuddin namun hanya berjaya memperolehi 91 undi keseluruhan berbanding 100 undi yang diperolehi Hishammuddin untuk tempat ketiga naib presiden."Dulu suruh pakai undi popular tak mahu, sekarangkan dah menyesal," kata Azmin sambil menepuk bahu Mukhriz yang hanya tertawa mendengar usikan tersebut. ~mk
Sindiran tajam kepada pemimpin Umno.. mungkin Mukhriz balik nanti tak tidur malam mengenangkan sindiran Azmin..

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.