Penyanyi terkenal, Rihanna diminta meninggalkan Masjid Sheikh Zayed di
sini selepas seorang jurugambar merakamkan beberapa keping gambarnya
yang memakai hijab berwarna hitam.
Pihak berkuasa masjid itu membuat penjelasan dalam satu kenyataan bahawa
penyanyi berkenaan diminta berbuat demikian kerana beberapa gayanya
ketika bergambar dianggap tidak bersesuaian dengan adab ketika berada di
sekitar masjid tersebut baru-baru ini.
Masjid itu merupakan salah satu daya tarikan pelancong di ibu negara Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
"Penyanyi itu memasuki sebuah kawasan persendirian tanpa memperkenalkan
dirinya," menurut satu kenyataan daripada pihak pengurusan masjid
tersebut yang disiarkan kelmarin.
Kenyataan itu menyebut, pihak pentadbiran masjid berkenaan juga tidak menyelaraskan lawatan penyanyi tersebut.
"Dia (Rihanna) diminta meninggalkan masjid itu sebelum dia memasukinya
selepas bergambar dengan cara yang tidak sesuai dengan status rumah
ibadat berkenaan," menurut kenyataan tersebut.
Gambar tersebut juga mencetuskan kontroversi dalam kalangan peminat penyanyi itu di laman bergambar Instagram.
"Dia (Rihanna) menganggap sedang berjemur di sebuah pantai di Miami," kata seorang pengguna dalam bahasa Arab.
Penyanyi itu membuat persembahan di sini pada 19 Oktober lalu. - Agensi




No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.