
Tanggal 19 Nov 1985, Kg.
Memali, Mukim Siong, Baling,
Negeri Kedah Darul Aman di
bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air.
Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak
pemerintah daripada regim
Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke
atas seorang tokoh ulama’ yang
bersama di dalam Gerakan Islam
di Malaysia iaitu Parti Islam Se-
Malaysia (PAS).
Beliau yang mesra dengan
panggilan Ust. Ibrahim Libya
atau nama sebenarnya Ibrahim
bin Mahmud merupakan
pendakwah tanah air yang
sebelumnya pernah berkhidmat
bersama Pusat Islam Malaysia.
Beliau yang telah sekian lama
bersama PAS akhirnya mengambil keputusan
meninggalkan Pusat Islam bagi
meluaskan lagi ruangnya
memberikan perkhidmatan
kepada Parti Islam walaupun
khidmatnya sangat diperlukan
oleh Pusat Islam sehingga beliau pernah dii’tiraf sebagai
pendakwah terbaik.
Dengan suaranya yang lantang
dan tegas menghadapi
kezaliman-kezaliman pihak
pemerintah ketika itu yang
diketuai oleh Perdana Menteri
Tun.Dr Mahathir bin Mohamad,
setiap majlis-majlis pidatonya
pasti dihadiri oleh ribuan
pendengar dikalangan
penyokong dan pendokong
gerakan Islam.
InternSecurityAct (ISA) yang dikuatkuasakan
oleh pemerintah adalah
merupakan diantara perkara
yang sangat kuat ditentang oleh
beliau selain dari sikap
pemerintah yang dilihat tidak
memandang Islam sebagai
‘Aqidah Negara serta jalan
penyelesaian masalah ummah.
Ditambah lagi dengan peribadi
pemerintah yang dicemari
amalan korupsi dan sebagainya
membuatkan Ust Ibrahim begitu
bersungguh dalam memberi
semangat kepada ahli PAS agar
berazam untuk membuat
perubahan dalam kepimpinan
Negara.
Sokongan dan dokongan kuat
dari ribuan umat Islam di
Malaysia yang mencintai
perjuangan Islam menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada pihak pemerintah.
Ianya begitu menakutkan
mereka yang mengimpikan
kekuasaan dapat dipegang
selama-lamanya. Akhirnya,
pelbagai tuduhan, fitnah dan
label-label jahat dilemparkan
kepada PAS khasnya Ust.
Ibrahim Libya.
Alasan-alasan dicipta bagi membolehkan pihak
pemerintah dengan mudah
menangkap Ust. Ibrahim.
Kerjasama antara pemerintah
dengan pihak keselamatan mula
dilakukan dengan hebat.
Menjelang operasi
penangkapan, Kg.Memali
dipantau dan dikepung hampir
seminggu lamanya.
Pertambahan bilangan anggota keselamatan dari sehari ke sehari persis ingin menghadapi satu bala tentera musuh yang besar atau pengganas yang sangat merbahaya yang diperlukan segera.
Cerita-cerita karut yang
direka mengenai kegiatan Ust.
Ibrahim dan pengikutnya di Kg.
Memali disiarkan di dada akhbar
bagi mengelabui mata orang
awam.
Ust. Ibrahim yang istiqamah mengajar anak-anak muridnya dikalangan orang tua dan anak muda di Madrasah yang dibinanya dimaklumkan
mengajar fahaman salah dan
sesat.
Semuanya berlaku dalam
tempoh menjelang operasi.
Sangat dahsyat. Tanggal 18 Nov
1985, hampir segenap penjuru
kampung telah terkepung,
dibimbangi ada sasaran yang
terlepas keluar.
Penduduk Kg.Memali yang begitu setia bersama guru mereka terus bermunajat kepada Allah memohon keselamatan dan bantuan.
Persiapan persenjataan ala kadar dengan senjata ‘orang
kampung’ disediakan kerana
bagi mereka mempertahankan
diri dan nyawa yang diancam
adalah satu kewajipan yang
sangat besar.
Namun apalah
sangat dengan senjata ‘orang
kampung’ berbanding pihak
pemerintah yang mengahantar
bala tentera dengan kelengkapan seolah-olah
menghadapi peperangan yang
besar.
Berpuluh-puluh kereta
perisai disediakan, lori water
canon, gas pemedih mata,
senjata, pelbagai jenis polis
disediakan termasuk Pasukan
Polis Hutan dan segala macam
kelengkapan lain.
Anggota polis berpecah kepada
dua kumpulan akibat berlainan
maklumat yang diterima
mengenai siapa sasaran dalam
operasi ini. Ada yang mendapat
maklumat, mereka akan
menggempur perkampungan
saki baki Komunis dan ada yang
mendapat maklumat mereka
akan menghadapi kumpulan
pemberontak kerajaan.
Namun,
atas arahan dari pemimpin
tertinggi pasukan polis yang
mesti ditaati, mereka akur juga
walaupun ada yang mengetahui
bahawa dihadapan mereka
bukanlah Komunis.
Antara watak utama dibelakang
operasi yang disebut ‘Ops
Komunis’ ini, Musa Hitam
(Tim.PM), Dato’ Yahya Yeop
(pemimpin tertinggi Polis Negeri
Kedah) dan Dr.Mahathir sendiri .
Mereka inilah yang memainkan
peranan utama bagi memastikan
tertangkapnya Ust Ibrahim Libya
pada tarikh tersebut.
Keesokannya harinya, tanggal 19
Nov 1985, selesai Solat Subuh,
Ust Ibrahim terus memberikan
taujihat penuh bermakna
kepada para pendokong
perjuangan yang terdiri
dikalangan anak-anak muridnya
yang setia dengan majlis-majlis
ilmu beliau.
Antara lain, beliau
mengingatkan kepada ahli
jama’ah supaya jangan ada yang
lari dari perjuangan yang sedang
dihadapi ini serta menyebut
mengenai kelebihan mati syahid.
Seluruh ahli jama’ah semakin
kuat azam dan tekad untuk
tidak menyerahkan Ust Ibrahim
kepada pihak pemerintah.
Mereka rela mati demi
mempertahankan As-Syahid.
Antara mereka yang rapat
dengan Ust Ibrahim ialah Sdr.
Yusuf Husein dan Pak Teh Mat
Piah (sudah meninggal). Mereka
inilah antara yang kerap
melakukan rundingan dengan
pihak keselamatan pada hari
tersebut agar mengelakkan
berlakunya pertumahan darah
khasnya orng ramai.
Namun, Ust
Ibrahim tegas dengan
pendiriannya untuk tidak
menyerahkan dirinya kepada
kerajaan yang zalim kerana
baginya, beliau tidak melakukan
apa-apa kesalahan atau jenayah.
Tugasnya hanya memberi
nasihat kepada pemerintah yang
begitu kuat menganut fahaman
Nasionalisme dan Sekularisme
yang bertentangan dengan
Islam.
Berita kehadiran anggota polis
untuk menangkap Ust Ibrahim
akhirnya berjaya dihidu oleh
pasukan tentera Malaysia yang
berada di Negeri Kedah. Bahkan
dikalangan mereka juga terdapat
anggota-anggota yang sering
mengikuti pengajian-pengajian
agama daripada Ust Ibrahim.
Beberapa orang dikalangan
mereka akhirnya bergegas ke
Kg. Memali dan memberikan
peringatan kepada pasukan polis
agar mengelakkan serangan.
Dengan bilangan mereka hanya
beberapa orang membuatkan
pihak polis tidak mempedulikan.
Dikalangan anggota tentera ini
ada yang menyebut, “ingat ! hari
ini hari kamu. Boleh jadi satu
masa nanti kita akan bertempur.” Lalu mereka meninggalkan tempat tersebut.
Setelah dilihat Ust Ibrahim
enggan lagi bertemu mereka,
akhirnya orang kampung diberi
arahan agar berundur ke
belakang. Serangan akan
dilancarkan. Namun, untuk
menerima arahan tersebut tidak
semudah itu. Penduduk
kampung yang terdiri dikalangan
orang tua, kaum ibu, pemuda,
wanita dan anak kecil dengan
penuh keberanian melaungkan
kalimah ‘Allahu Akbar’ berkali-
kali bagi menggerunkan pihak
musuh.
Parang panjang yang
sering digunakan dikebun untuk
tugasan harian, digenggam erat
bagi menghadapi kemungkinan-
kemungkinan. Ibu-ibu dengan
parang dan buluh-buluh
panjang menghalau pasukan
polis. Anak-anak kecil yang
masih tidak mengerti apa itu
perjuangan menghadapi
pasukan polis bersenjatakan
parang dan pisau.
Pihak keselamatan yang panik
akhirnya melepaskan gas
pemedih mata dan water canon
ke arah orang kampung yang
kukuh berdiri tidak mahu
berganjak. Seorang kanak-kanak
terkena serangan tersebut lalu
pengsan dengan mulutnya yang
berbuih. Melihat anak kecil
tersebut menjadi mangsa, lantas
seorang penduduk yang dikenali
dengan panggilan Cikgu Shafi’e
nekad untuk melakukan
serangan balas. Parang ditangan
digenggam dan terus berlari ke
arah anggota polis. Subhanallah.
Belum sempat parangnya
singgah ke tubuh anggota polis
tersebut, sebutir peluru terus
menembusi dadanya. Cikgu
Syafi’e menjadi korban pertama
tragedi tersebut.
Jerit pekik penduduk semakin
kuat apabila serangan bertalu-
talu dari kereta perisai polis
dilakukan. Seorang demi
seorang tumbang menerima
hadiah peluru dari Kerajaan
Barisan Nasional. Rumah Ust.
Ibrahim dirempuh kasar.
Akhirnya peluru menghinggapi
juga tubuh ulama’, pendakwah
dan pemimpin gerakan Islam ini.
Diatas ribaan isterinya, beliau
menghembuskan nafas. Beliau
sempat bertanya, “abang kena
apa?”. Si isteri menjawab,
“abang ditembak.”
Menjelang waktu Zohor, hujan
renyai-renyai turun membasahi
Kg. Memali. Hujan rahmat yang
turun sebagai saksi kezaliman
pemerintah yang rakus
mengahdapi rakyat yang serba
kekurangan.
Operasi pembersihan dilakukan segera agar bau bangkai jenayah
mereka dapat ditutup dari
pengetahuan rakyat Malaysia.
Mangsa yang terkorban
diangkut ke dalam trak-trak
polis. Didalamnya turut
dimuatkan beberapa ekor anjing
buat menemani para syuhada’.
Ada penduduk kampung yang
tercedera disepak terajang.
Mereka menyebut, “ada lagi
yang belum mati”. Semua
penduduk kampung disumbat
ke dalam trak polis untuk
dibawa ke balai. Yang cedera
dibawa ke hospital. Maklumat
dijaga agar tidak sampai kepada
media atau orang ramai.
Tahanan diugut agar merahsiakan kejadian. Beberapa hari kemudian barulah mereka dibebaskan. Jenazah
dipulangkan semula dengan
bilangan korban seramai 14
orang semuanya. Maka
bermulalah perbalahan diantara
pihak berkuasa agama (Majlis
Fatwa Kebangsaan) dengan
penduduk. Mereka mendakwa
Ust Ibrahim Libya dan 13 yang
lain mati sebagai Syuhada’ dan
perlu diuruskan sebagai orang
mati syahid.
Pandangan ini diambil dari tuan-tuan guru dipondok-pondok Negeri Kedah yang melihat bahawa mereka ini mati kerana mempertahankan agama dan nyawa mereka.
Bagi pihak berkuasa agama dibawah pemerintah, mereka terus ditekan untuk mendakwa Ust Ibrahim dan lain-lain mati
sebagai Bughah (penderhaka
kerajaan Islam) dan wajib diurus
sebagai orang mati biasa.
Penduduk tetap dengan
keyakinan mereka. Akhirnya
para korban diurus sebagai
syuhada’ dengan tidak
dimandikan beserta pakaian
mereka yang masih basah
dengan darah yang terus
mengalir walaupun telah
beberapa hari ditembak.
Sumber-
-admin macho-
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.