PKR mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
(gambar) berbohong mengenai pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA)
baru-baru ini kerana akta itu sebenarnya mempunyai persamaan dengan akta
kejam lain yang dimansuhkan sebelum ini.
Naib Presiden PKR, N Surendran, berkata kenyataan Ahmad Zahid bahawa
akta yang dipinda itu "tidak mempunyai tahanan tanpa bicara" tidak benar
sebaliknya rang undang-undang yang dikemukakan secara jelas memberi
isyarat pindaan tersebut bertujuan mengembalikan penahanan tanpa bicara
seperti Akta Ordinan Darurat 1969 (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri
1960 (ISA).
"Kenyataan Zahid sama sekali pembohongan yang jelas bertentangan dengan
penjelasan dalam pindaan rang itu sendiri."Adakah Menteri Dalam Negeri
tidak membaca rang itu?
Atau dia cuba sekali lagi menipu kepada orang ramai?" kata Ahli Parlimen
Padang Serai itu dalam satu kenyataan hari ini.Surendran berkata,
kenyataan Zahid mengenai tahanan boleh menyemak penahanan adalah perkara
tidak munasabah.
"Klausa 15A secara jelas mengenepikan semakan kehakiman selain keperluan
prosedur."Ini bermakna tiada tahanan yang boleh mencabar asas penahanan
tersebut, sama seperti EO dan ISA," kata peguam hak asasi manusia itu
lagi.
Katanya, pindaan itu tidak praktikal dan masih berat sebelah kerana
pelantikan masih lagi di bawah kuasa oleh menteri dan bukannya
Lembaga."Ahli Lembaga dilantik oleh Agong atas nasihat menteri.
Ini tidak praktikal sama sekali."Ini bermakna ahli-ahli Lembaga Pengarah
memegang jawatan mereka atas keizinan menteri," katanya.Surendran
mengulangi kebimbangan kebebasan rakyat Malaysia akan diperjudikan
sekiranya rang ini diluluskan menjadi undang-undang.
Bacaan pertama pindaaan PCA dibacakan Zahid minggu lalu bertujuan
mengukuhkan kedudukan untuk menahan penjenayah tanpa bicara sehingga dua
tahun.Pindaan berkenaan akan menyamai ISA yang tidak memasukkan semakan
kehakiman, kecuali melibatkan langkah prosedur.
PCA ketika ini hanya membenarkan tahanan selama 72 hari terhadap
individu yang ditahan di bawah akta berkenaan.Akta itu juga
mengkehendaki tahanan dibawa ke mahkamah sebelum ditahan selama 72 hari.
Ia digunakan secara efektif sebelum ISA dikuatkuasakan dan melalui
pindaan itu, Putrajaya ingin menggunakan akta berkenaan sekali lagi.PCA
bagaimanapun tidak meliputi kawasan Sabah dan Sarawak kerana ia
dikuatkuasakan pada 1959 sebelum negeri Borneo menyertai Malaysia, dan
pindaan berkenaan akan memasukkan peruntukan melibatkan dua negeri itu.
~the malaysian insider
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.