Followers

Sunday, September 29, 2013

Siapa kata Mahader ni ahli ahli politik matang memang silap besarlah...cuba baca kenyataan dia ni..

Horas Ayer Tawar
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak adalah sahabat baik beliau walaupun berlainan ideologi politik. 

"Walaupun daripada parti lain, kita tak kira, sahabat tetap sahabat, politik tetap politik. Hubungan saya baik dengan dia. 

 "Beliau tak keterlaluan, sanggup berbaik-baik, sanggup cuba luluskan permintaan orang ramai tanpa kira parti. 

Dia juga seorang yang pegang kuat pada ajaran Islam yang sebenar dan tak pernah menyeleweng," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis pengebumian Azizan di Tanah Perkuburan Muassasah Darul Ulum hari ini. 

Bagi teman lah ....walaupun kita ni ahli politik sepenuh masa tapi tak semestinya kita kena berpolitik sepanjang masa....kena tengoklah masa dan tempat...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.