PEMILIHAN di dalam Umno sikit pun tidak akan dapat mengubah apa-apa di
dalam parti sekular itu, jauh sekali untuk mengubah nasib rakyat di
negara ini. Apakah berubah Umno jika Najib bukan Presiden Umno atau
Muhyiddin pula jadi Presiden dan PM? Tidak akan berubah selagi namanya
'Umno'.
Anggota-angota bawahan di dalam Umno berlaga sesama sendiri sampai
bergaduh-gaduh hanya untuk rebut jawatan Ketua Cawangan atau Ketua
Bahagian Umno sahaja. Tetapi pemimpin mereka di atas relaks saja
memerhatikan yang di bawah berlaga macam lembu.
Blogger bersama Penyelaras SAMM Pahang, Bung Hatta |
Rakyat pula tidak hirau langsung siapa akan memimpin Umno di mana
peringkat sekalipun. Rakyat hanya tahu hakikat sebenar Umno sudah tidak
layak menjadi tunjang pemerintahan negara ini. Umno bergabung dengan
MCA dan Gerakan dan dibantu pula oleh banyak lagi parti Komponen di
Sabah dan Sarawak, mereka hanya dapat 47% sahaja undi rakyat Malaysia.
Ertikata lain, 53% rakyat Malaysia mahu PR menjadi Kerajaan. Nasib baik
ada yang sanggup jadi bangsat dan balaci untuk selamatkan parti yang
ditolak oleh rakyat itu.
Kita tidak peduli dengan Perhimpunan Umno kerana kita sekarang sedang
mentertawakan kerajaan "1 MINYAK dengan WAWASAN 20SEN20SEN". Rakyat
jelas tertipu dengan mereka, selepas PRU 13 yang lalu tiada satu pun
janji mereka untuk faedah rakyat yang boleh kita lihat. Sebaik sahaja
mereka menjadi pemerintah melalui penipuan, mereka kini sibuk berebut
untuk menjadi ketua di dalam parti mereka. Peduli apa dengan rakyat.
Para perwakilan yang akan datang ke PWTC nanti, mereka pasti akan
terhibur dengan lawak bodoh yang dipersembahkan. Mereka akan tertawa,
bertepuk tangan, kemudian menangis beramai-ramai di PWTC. Akhirnya
mereka akan pulang ke kampong halaman masing-masing menanti BR1M
sampai. Kesihan...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.