KUALA LUMPUR, 24 SEPTEMBER: Ketua Biro Undang-Undang DAP,
Gobind Singh Deo menyifatkan kenyataan Ketua Pengarah Pendaftar
Pertubuhan (ROS), Datuk Abdul Rahman Othman yang mendakwa pemilihan
Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), Ahad ini memerlukan ‘Kongres
Kebangsaan’ sama sekali tidak berasas dan tidak menghormati
undang-undang.
Beliau berkata, kenyataan sedemikian sekali lagi
membuktikan ROS tidak bersikap profesional dan sering kali menyalahkan
DAP terlebih dahulu sebelum mendengar sebarang keputusan.
“Kenyataan ini menunjukkan lagi sikap ROS yang jelas tidak menghormati proses undang-undang.
“Saya nak tanya, adakah beliau mengikuti prosedur? Kalau
tidak, kenapa? Apakah kuasa beliau untuk membuat keputusan dalam cara
begini? Dan kenapa beliau membuat kenyataan ini sehari sebelum Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur memutuskan soal isu yang sama?” soalnya dalam
kenyataan, hari ini.”Abdul Rahman seharusnya tahu. sekiranya ada aduan,
beliau dikehendaki memaklumkan kepada kami dan kemudian meminta kami
membuat penjelasan sebelum membuat sebarang keputusan.
Portal berita The Malaysian Insider melaporkan kenyataan
Abdul Rahman semalam yang menyatakan bahawa pemilihan CEC DAP memerlukan
‘Kongres Kebangsaan’ dan tempoh notis sewajarnya sebagaimana termaktub
dalam perlembagaan.
Abdul Rahman turut menasihatkan DAP agar mengadakan pemilihan semula CEC selaras dengan kehendak perlembagaan parti.
Membidas nasihat songsang itu, Gobind yang juga Ahli
Parlimen DAP Puchong menegaskan Abdul Rahman seharusnya berhati-hati
dalam membuat sebarang kenyataan dan menghormati undang-undang.
“Saya nasihatkan Abdul Rahman supaya berhati-hati. Sebagai
seorang ketua jabatan, beliau mesti faham dan menghormati proses
undang-undang.
“Pemilihan CEC pada 29 September ini adalah selaras dengan
kehendak perlembagaan parti. Wujudnya peruntukan khusus dalam
perlembagaan parti yang membenarkan pemilihan dibuat melalui satu
Kongres Khas. Kami tetap berpendirian sedemikian.
“Samada atau tidak proses pemilihan semula CEC boleh dibuat
melalui Kongres Khas akan kami hujahkan di hadapan Mahkamah yang mulia
esok,” tegasnya. -Roketkini.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.