Followers

Saturday, September 14, 2013

Roboh premis: Noh Omar usah tunjuk lagak


KLANG - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dinasihatkan mendapat maklumat tepat berhubung isu perobohan premis perniagaan di Jalan Teratai, Meru di sini sebelum membuat ulasan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Abdul Rani Osman, berkata tindakan Noh mempersoal tindakan Majlis Perbandaran Klang (MPK) itu tanpa maklumat tepat hanya menampakkan sikap cuba mencari keuntungan politik semata-mata.

Menurut Abdul Rani, tindakan meroboh sembilan premis perniagaan milik warga tempatan dan empat milik warga asing melibatkan gerai makanan, kedai runcit dan buah-buahan di bahu jalan itu dilakukan selepas menerima aduan penduduk setempat.

Tindakan itu juga dibuat mengikut lunas undang-undang di bawah Akta Kanun Tanah Negara kerana beroperasi secaraa haram.

“Jangan salahkan MPK, tindakan ini adalah operasi bersama atas aduan penduduk, malah penduduk di situ sendiri mengakui bahawa mereka menghadapi masalah dengan premis tersebut sejak 15 tahun lalu," katanya.



Abdul Rani berkata, tidak sewajarnya Noh mempersoalkan tindakan MPK itu lebih-lebih lagi tindakan itu adalah operasi bersepadu melibatkan pelbagai agensi kerajaan negeri dan pusat.

Ianya termasuk Jabatan Perkhidmatan dan Persekitaran (JPP), Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Klang, Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Noh sebelum ini mendakwa MPK dan kerajaan Pakatan Pakatan Selangor berat sebelah kerana merobohkan premis perniagaan milik rakyat tempatan di Jalan Teratai di sini.

Sedangkan katanya tindakan serupa tidak pula dibuat terhadap beberapa kediaman di kawasan sama yang dijadikan premis kedai oleh warga asing.

Beliau juga menuduh Pakatan Rakyat Selangor Katanya tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan memandangkan kerajaan negeri Selangor selama ini mendakwa ingin membela nasib rakyat apabila memerintah negeri itu.

Dalam pada itu, MPK dalam penjelasannya juga memaklumkan bahawa tindakan perobohan yang diambil pihaknya adalah dibuat berdasarkan aduan awam terutama penduduk setempat.

Pemangku Yang Dipertua MPK Ehsan Mukri berkata, operasi fasa pertama itu melibatkan premis perniagaan yang didapati melakukan kesalahan di bawah Kanun Tanah Negara.

"MPK akan mengadakan operasi fasa kedua ke atas rumah milik penduduk tempatan yang diubah suai secara haram untuk dijadikan kedai dan disewakan kepada warga asing untuk menjalankan perniagaan," katanya dalam satu kenyataan.

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.