Followers

Monday, September 9, 2013

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US ekoran sokongan belian


KUALA LUMPUR - Ringgit ditutup rendah Jumaat berbanding dolar US dan mata wang utama lain berikutan sokongan belian ketika dolar kukuh dalam pasaran global, kata peniaga mata wang.
Ringgit disebut harga pada 3.3270/3300 kepada dolar US berbanding penutup semalam pada 3.3030/3070.

Mereka berkata kebanyakan peserta enggan memasuki pasaran berikutan kurangnya petunjuk baharu dan menambah pelabur juga tidak melihat sebarang perubahan dalam arah tuju dasar dari Bank Pusat.

Bank Negara mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus untuk kali ke-14 sejak Mei 2011.

"Ringgit tertekan ekoran kebimbangan yang semakin meningkat bahawa Rizab Persekutuan akan mula mengurangkan program rangsangan," kata seorang peniaga.

Sementara itu, ringgit juga didagangkan rendah berbanding semua mata wang utama lain.

Unit tempatan rendah berbanding dolar Singapura, pada 2.6008/6036 berbanding 2.5835/5886 semalam, namun lemah berbanding yen pada 3.3377/3414 daripada 3.3066/3120 pada Khamis.

Berbanding pound British, ringgit susut kepada 5.1808/1868 daripada 5.1580/1655 semalam dan rendah berbanding euro kepada 4.3680/3730 daripada 4.3553/3613 pada Khamis.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.