Followers

Tuesday, September 3, 2013

Penjenayah Lolos, Empat Anggota Polis Ditahan


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan ACP Hamdan Majid menunjukkan seorang suspek kes dadah Kishminderjit Singh a/l Bahadar Singh, 39, yang meloloskan diri daripada tahanan polis di Plaza Tol Setul, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas), Ahad lepas. Polis menahan empat anggotanya yang berpangkat koperal dan konstabel bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu
[mstar]- Empat anggota polis ditahan bagi membantu siasatan kes seorang suspek berusia 39 tahun meloloskan diri di Hentian Rehat dan Rawat, Plaza Tol Setul dekat Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas).

Kesemua mereka yang berusia antara 21 hingga 50 tahun itu bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid pada Selasa berkata, polis turut menahan tiga yang lain termasuk dua wanita bagi membantu siasatan kes itu.

Ketiga-tiga mereka disahkan positif dadah.

Pada Ahad, suspek Kisminderjit Singh Bahadur Singh meloloskan diri dari kawalan dua anggota polis selepas van yang dinaiki dirempuh.

Kejadian berlaku selepas penjenayah terbabit memberi alasan untuk ke tandas kerana sakit perut sebelum dia menolak salah seorang anggota polis yang mengawalnya. 



IdaMan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.