''CANANG BOCOR DIPALUH, BERBUNYI SUMBANG''
Kenyataan akhbar 08hb September, 2013. Datuk Seri Mustapa Mohamed (Menteri Perdangan Antara Bangsa dan Industri) dipetik sebagai berkata ''Langkah mengurangkan subsidi yang diambil kerajaan adalah bertujuan sebagai tindakan jangka panjang bagi memperkukuhkan ekonomi negara untuk mengelak dari negara jatuh muflis.
――――――――――――――――
s/r (Suara Rakyat):―
Kemerosotan teruk ekonomi negara ketika ini adalah akibat dari tindakan kerajaan yang tiada perancangan awal bagi kesediaan menghadapi sebarang kemungkinan berlaku krisis terhadap ekonomi negara pada masa hadapan. Tindakan terburu-buru kerajaan mengurangkan subsidi bahan bakar (minyak) secara tidak langsung telah mengheret sama rakyat jelata terjun kedalam kawah kesengsaraan ciptaan tangan-tangan rakus pemimpin yang pentingkan kehidupan sendiri.
Lebih teruk lagi dalam era abad ini, mata wang ringgit Malaysia (RM) jatuh pada paras tahap agak bahaya, dan ini satu lagi fenomena baharu menyusul yang bakal mengundang bahana kepada ekonomi negara yang sedia goyah, bila mana para pelabur asing merasa kurang yakin oleh tekanan ekonomi yang semakin goyah, mengakibatkan pelabur asing dalam negara mula mengkaji perancangan baharu untuk mengalihkan pelaburan mereka kepada negara-negara yang berpotensi bagi mengelak kerugian.
Ketidak serikan kerajaan pada pengalaman masa lalu 1995 saat kejatuhan ekonomi negara dengan penyusutan nilai pasaran mata wang ringgit Malaysia (RM), mengakibatkan negara kini menimba nasib yang sama seperti masa lalu, malahan mungkin lebih parah lagi oleh keadaan paras suhu ekonomi global yang tidak seimbang.
Jika kerajaan hanya melontarkan pemikiran dan menghalakan kepada satu harapan bahawa pengurangan subsidi dapat membantu memperkukuhkan ekonomi negara, itu adalah satu pemikiran yang silap, jangan jadikan rakyat jelata sebagai sasaran, pemimpin kerajaan disemua peringkat perlu bertanya pada diri sendiri ''BERBALOI KAH DENGAN MENYIAT ISI RAKYAT SEHINGGA TERPAMIR TULANG-BELULANG SEBAGAI JAMINAN MASA HADAPAN EKONOMI NEGARA ????'' sedang dipehak kerajaan gagal mengaktifkan kreadebeliti berhemah dan berhemat dalam pengurusan kewangan negara.
Tidak hairanlah jika perjalanan kearah pencapaian wawasan 2020 menemui jalan buntuh seterusnya mengalami kegagalan lantas menjadikannya sebagai mimpi ngeri kepada seluruh warga Malaysia.
→Perkara yang pernah terjadi masa lalu, hendaklah dijadikan sebagai inspirasi dalam mengapai sinar lebih cerah dimasa hadapan←
Pucuk Rimba →

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.