Kepada Penyokong PTI selama ini..
Tiada Projek Sulit Beri Taraf Warganegara Kepada Rakyat Asing Di Sabah
KUALA LUMPUR, 19 Sept -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan tiada projek sulit oleh kerajaan berhubung pemberian taraf kewarganegaraan kepada warganegara asing di negara ini.

Malah, tegas beliau, kewarganegaraan diberikan mengikut proses
undang-undang negara dan Perlembagaan Persekutuan, dan negara-negara
lain juga menawarkan proses kewarganegaraan mengikut syarat
masing-masing.
"(Perdana Menteri keempat) Tun Dr Mahathir Mohamad telah menjawab dengan terang dalam RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) bahawa tidak ada ada apa-apa projek sulit yang kita (kerajaan) lakukan.
"Apa pun yang jadi (dapat taraf) warganegara negara ini mengikut proses undang-undang negara berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan. Tetapi kalau nak kata satu projek sulit, itu tidak benar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan tahunan Middle Temple 2013 di sini Khamis.
Najib berkata demikian bagi menjawab soalan berhubung keterangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin di Sabah di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini bahawa kerajaan di bawah pimpinannya (Najib) mengetahui mengenai pemberian taraf kewarganegaraan itu.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.