Followers

Sunday, September 29, 2013

Pelaksanaan TPPA boleh gadaikan negara:


 

Perkara pertama berkaitan dengan soal KESELAMATAN MAKANAN NEGARA yang mana bila perjanjian ini ditandatangani maka tiada lagi kawalan terhadap produk pertanian yang masuk dari luar. Dalam masa lima tahun, memang seronok ada banyak jenis bahan pertanian luar. 
 
Negara besar seperti US dan Jepun ada modal yang lebih besar untuk hasilkan makanan dengan murah, exsport ke Malaysia. Lama kelamaan petani kita tidak ada kerja, semua kerja kilang. 
 
Makanan tidak lagi di hasilkan dalam negara tapi di import dari luar dan kita bergantung pada makanan ini. Apa akan jadi jika nanti US dan Jepun buat hal, halang bekalan makanan. 
 
Petani-petani kita pula semakin berkurang. Kebuluran boleh berlaku seperti di Colombia dan Mexico dalam perjanjian NAFTA.

PIAWAIAN HALAL untuk umat Islam sekarang ini pengeluar makanan, pengeluar barangan penguna atau restoran tidak boleh suka-suka hati meletakkan logo Halal pada produk mereka. 
 
Di Malaysia semua logo Halal mesti standard dan mendapat pengiktirafan JAKIM setelah diperiksa dan di kaji. Jika TPPA ditandatangani, standard JAKIM ini bakal dilongarkan kerana mengikut standard US, tempat operasi makanan Halal dan tidak Halal boleh bercampur. Ikut standard Malaysia tidak boleh. 
 
Maka sesukalah sesebuah Syarikat itu mahu letak tanda Halal sendiri atau tidak. JAKIM tidak boleh memeriksa kandungan bahan sebab rahsia Syarikat. Dalam perjanjian ini, kandungan bahan adalah rahsia walaupun untuk kepentingan umat.

KESAN ALAM SEKITAR dan saman-menyaman. Contohnya, ada sebuah kilang yang telah di benarkan beroperasi di Malaysia. Ikut perjanjian, kilang tersebut boleh beroperasi selama 20 tahun. 
 
Tapi selepas beroperasi, didapati kilang tersebut mengeluarkan sejenis bahan yang merosakan alam sekitara, masyarakat marah dan bawa ke Wakil Rakyat. Setelah dibuat kajian terperinci, pengunaan bahan tersebut diharamkan menurut undang-undang. Kilang terbabit tidak boleh lagi beroperasi. 
 
Maka dengan perjanjian TPPA kilang ini boleh menyaman kembali Kerajaan Tempatan atau Kerajaan Pusat kerana mereka telah mengalami kerugian akibat undang-undang yang baru ini. 
 
Mereka bukan saja boleh saman kepada kerugian mereka alami tapi termasuk keuntungan yang mereka tidak pasti akan dapat untuk masa depan pun mereka boleh tuntut, Mereka boleh minta pampasan kerugian untuk 20 tahun. 
 
Contoh sebelum ini dalam Perjanjian FTA-FTA terdahulu antara lain Chevron lawan masyarakat tempatan Ecuador. Dalam kes ini, hutan amazon telah dicemari oleh sisa minyak Chevron. Walaupun Chevron telah di denda oleh Mahkamah dalam Negara, mereka tidak mahu bayar dan bawa kes ini ke Mahkamah Antarabangsa. 
 
Di Mahkamah Antarabangsa Perjanjian ini adalah lebih tinggi tarafnya daripada Mahkamah Ecuador Dan Ecuador didapati bersalah menyebabkan kerugian kepada Chevron dan perlu membayar kembali RM80 Juta kepada Chevron.

UBATAN MAHAL apabila telaksananya perjanjian ini. Tahu kah anda mengapa kita pelu membayar RM1 jika ke Hospital Kerajaan walaupun mendapat pelbagai ubatan (bukan ubatan khas). Hal ini kerana ubat tersebut dihasilkan di dalam negara dan di negara-negara membangun secara murah melalui ramuan generik. 
 
Ramuan generik adalah ubat yang menggunapakai ramuan asal atau hampir sama dengan ubat asal tetapi tidak ada kos-kos lain seperti kos jenama syarikat, kos penyelidikan dan sebagainya atau dengan kata lain tiada lagi hak paten (hak monopoli) oleh Syarikat pengeluar. Jadi ubat ini di hasilkan oleh kilang-kilang lain dengan murah. 
 
Ubat adalah bahan penting kepada manusia, maka mengikut undang-undang sekarang, monopoli pengeluar ubat oleh syarikat-syarikat tertentu hanya di benarkan selama 20 tahun (sudah cukup untuk mendapat untung yang besar). TPPA mencadangkan tempoh paten ini dilanjutkan kepada 25 tahun. 
 
Hal ini bermakna harga-ubatan untuk penyakit kronik akan naik kerana dimonopoli oleh syarikat tertentu sahaja selama lima tahun lagi. Pesakit barah (kanser) yang tidak mampu membeli ubatan mahal dan bergantung hanya kepada ubat generik perlu menunggu 5 tahun lagi, jika mereka masih hidup.

NASIB GOLONGAN PEKERJA. Golongan ini merupakan golongan yang paling ramai di Malaysia. Mereka adalah nadi ekonomi. 
 
Menurut perundangan sekarang, latihan/per pindahkan kemahiran dan teknologi, piawaian kesihatan, piawaian keselamatan dan kebajikan pekerja perlu di jaga oleh majikan dan dipantau oleh perundangan negara. Menurut perjanjian TPPA, kerajaan perlu memberi lebih kebebasan kepada syarikat untuk menetapkan standard mereka sendiri. 
 
Kita juga tidak boleh memperkenalkan undang-undang pekerja baru termasuk undang-undang untuk menjaga kebajikan pekerja, menaikkan gaji minima dan sebagainya. Hal ini boleh menyebabkan eksplotasi pekerja berlaku. Gaji yang diterima tidak setimpal, kerja banyak, Keselamatan dan kesihatan terabai. 
 
Pekerja juga akan menerima kesan-kesan lain daripada pelbagai bab dalam TPPA termasuk Kehilangan perkerjaan jika syarikat Malaysia terpaksa di tutup kerana tidak mampu bersaing dengan syarikat luar, apabila cukai eksport Malaysia dihapuskan dan barang kita jadi lebih mahal daripada syarikat asing, harga ubat dan pendidikan naik dan banyak lagi. TPPA tidak benarkan kita letak syarat pekerja tempatan untuk jadi pekerja. Jadi selepas ini semua pekerja boleh diambil dari luar. 
 
Pekerja peringkat bawahan dibawa masuk dari Bangladesh, Vietnam, Nepal sementara pekerja atasan diambil dari negara kaya TPP seperti US, Singapora dan lain-lain.

Kesimpulannya, TPPA lebih banyak mendatangkan keburukan kepada negara dan rakyatlah yang bakal menerima akibatnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.