Followers
Monday, September 9, 2013
Nazri setuju dengan Jazlan, rakyat muak dengan Umno OLEH DIYANA IBRAHIM
Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (gambar) menyokong kenyataan Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed yang menyatakan masyarakat sudah muak dengan Umno.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata sudah tiba masanya Umno melakukan perubahan sekiranya ingin terus kekal relevan kepada masyarakat.
"Negara ini punya kebebasan bersuara dan apa yang diperkatakan beliau merupakan satu yang betul, dan ia tidak salah sama sekali.
"Setiap calon sepatutnya menolak meraih undi populariti sekiranya mereka tidak melakukan apa-apa untuk kawasan mereka dan rakyat," katanya dalam satu sidang media selepas Pra Pelancaran Malaysia Tourism Hunt 2013 di Kuala Lumpur.
Terdahulu Jazlan yang mengumumkan akan bertanding merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan Umno akan datang menyelar parti itu dengan berkata, masyarakat sudah muak dengan apa yang berlaku dalam Umno.
Katanya, hasratnya kali ini untuk bertanding adalah bagi meneruskan perjuangan Umno dan usaha untuk meremajakan parti.
"Masyarakat dah muak dengan apa yang berlaku dalam Umno. Dahulu sebelum pilihan raya umum berjanji untuk melakukan perubahan, tetapi sehingga kini masih belum ada yang berubah,” katanya. – 9 September, 2013.
The Malaysian Insider
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.