IPOH – Muafakat politik Pas bersama PR dilihat banyak membantu
melonjakkan rekod parti untuk memperbaiki kedudukan kerusi dalam pilihan
raya, kata bekas Naib Presiden Pas Pusat, Ahmad Awang.
Beliau berkata, berbanding sebelum ini, Pas sudah menunjukkan pengaruh yang besar dalam sistem politik negara apabila mampu memenangi beberapa kerusi yang sebelum ini tewas.
“Jika dilihat dari sudut politik, Pas sebagai parti mempunyai tujuan untuk mengembangkan pemikiran, meraih kuasa dan salah satunya adalah melalui sistem pilihan raya sama ada di peringkat Parlimen atau Dun.
“Saya kira jika Pas tiada dalam PR, kita tidak mampu untuk meraih lebih banyak kerusi, seperti di Selangor, kita sudah menjadi sebahagian dalam pentadbiran,” katanya.
Beliau melihat langkah kaji semula Tahaaluf Siyaasi seperti yang diutarakan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib itu seolah-olah memberi kata dua, sama ada membuat keputusan untuk terus kekal dalam Pakatan atau menarik diri.
Sedangkan katanya, dalam menghadapi PRU14 akan datang, Pas mempunyai peranan besar untuk menjuarai pemikiran pengundi Melayu untuk melakukan perubahan.
“Untuk tujuan ini, gabungan PR adalah salah satu alternatif untuk perubahan itu, walaupun diakui ada kalanya wujud perselisihan, tetapi itu hanyalah masalah kecil yang boleh diselesaikan.
“Jadi saya anggap apa yang diutarakan beliau (Harun Taib) itu, tidak lebih kepada pandangan peribadi,” katanya.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata, Multaqa Ulama Semalaysia perlu menjadi wadah perbincangan yang menjurus ke arah usaha memperkasakan parti.
Menurutnya, semua pihak sama ada barisan ulama, pemuda, muslimat dan kepimpinan Pusat perlu mencari kedudukan untuk meraih kepercayaan rakyat.
“Ini bukan masa kita buat keputusan atau cari jalan seolah-olah mahu undur kembali ke belakang,” katanya.
by Rakyat Marhaen

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.