Followers

Monday, September 9, 2013

Masyarakat Sudah Muak Dengan Umno - Ahli Parlimen BN - Posted by Addin Deen.


Photo: 09 September, 2013.

Masyarakat Sudah Muak Dengan Umno - Ahli Parlimen BN
Posted by Addin Deen.

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini mengumumkan akan bertanding merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan Umno yang akan datang dan berkata, masyarakat sudah muak dengan apa yang berlaku dalam Umno.

Katanya, hasratnya kali ini untuk bertanding adalah bagi meneruskan perjuangan Umno dan usaha untuk meremajakan parti.

"Masyarakat dah muak dengan apa yang berlaku dalam Umno. Dahulu sebelum pilihan raya umum berjanji untuk melakukan perubahan, tetapi sehingga kini masih belum ada yang berubah.

"Jadi orang mula melihat tiada perubahan dalam Umno dan mereka mahu mengubah kerajaan. Apa yang diinginkan adalah perubahan dan muka baru yang memimpin parti.

"Pencalonan saya kali ini bertujuan mengejutkan ahli Umno dan kemasukan muka baru dapat membantu parti melakukan perubahan dengan lebih cepat," katanya ketika ditemui pemberita sewaktu mengadakan lawatan ke Jabatan Audit Negara di Putrajaya hari ini.

Pada majlis itu beliau turut berseloroh untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno melihatkan keadaan parti yang masih mengekalkan muka lama.

"Saya pernah berhasrat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno kerana risau kurangnya pemimpin yang berkaliber dalam parti.

"Namun syarat baru yang ditetapkan seperti untuk bertanding jawatan tertinggi perlu menjadi ahli MT untuk tiga penggal menjadikan saya mengubah fikiran," katanya.

Pada pemilihan Umno 2008, Nur Jazlan pernah melahirkan hasrat untuk bertanding jawatan timbalan presiden Umno namun menarik diri pada saat akhir ekoran kurang pencalonan dari Umno Bahagian Johor yang pada ketika itu sebulat suara mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk diangkat sebagai calon.

Agensi berita nasional, Bernama melaporkan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah menawarkan diri bertanding jawatan ahli MT Umno pada pemilihan parti Oktober ini.

Naib Ketua Umno Bahagian Lenggong itu berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat restu Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan pemimpin Umno negeri.

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu berkata, beliau bertanding bukan untuk kepentingan peribadi sebaliknya hanya ingin berjuang demi agama, bangsa dan negara. 


~the malaysian insider Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini mengumumkan akan bertanding merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan Umno yang akan datang dan berkata, masyarakat sudah muak dengan apa yang berlaku dalam Umno.

Katanya, hasratnya kali ini untuk bertanding adalah bagi meneruskan perjuangan Umno dan usaha untuk meremajakan parti.

"Masyarakat dah muak dengan apa yang berlaku dalam Umno. Dahulu sebelum pilihan raya umum berjanji untuk melakukan perubahan, tetapi sehingga kini masih belum ada yang berubah.

"Jadi orang mula melihat tiada perubahan dalam Umno dan mereka mahu mengubah kerajaan. Apa yang diinginkan adalah perubahan dan muka baru yang memimpin parti.


"Pencalonan saya kali ini bertujuan mengejutkan ahli Umno dan kemasukan muka baru dapat membantu parti melakukan perubahan dengan lebih cepat," katanya ketika ditemui pemberita sewaktu mengadakan lawatan ke Jabatan Audit Negara di Putrajaya hari ini.

Pada majlis itu beliau turut berseloroh untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno melihatkan keadaan parti yang masih mengekalkan muka lama.

"Saya pernah berhasrat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno kerana risau kurangnya pemimpin yang berkaliber dalam parti.


"Namun syarat baru yang ditetapkan seperti untuk bertanding jawatan tertinggi perlu menjadi ahli MT untuk tiga penggal menjadikan saya mengubah fikiran," katanya.

Pada pemilihan Umno 2008, Nur Jazlan pernah melahirkan hasrat untuk bertanding jawatan timbalan presiden Umno namun menarik diri pada saat akhir ekoran kurang pencalonan dari Umno Bahagian Johor yang pada ketika itu sebulat suara mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk diangkat sebagai calon.

Agensi berita nasional, Bernama melaporkan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah menawarkan diri bertanding jawatan ahli MT Umno pada pemilihan parti Oktober ini.

Naib Ketua Umno Bahagian Lenggong itu berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat restu Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan pemimpin Umno negeri.

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu berkata, beliau bertanding bukan untuk kepentingan peribadi sebaliknya hanya ingin berjuang demi agama, bangsa dan negara.


~the malaysian insider
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.